Skip to main content

Gaya Hidup

Amalan makan udang boleh pastikan sel kekal sihat

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak usia kecil lagi. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sihat supaya mereka tahu pentingnya penjagaan pemakanan demi kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang.

Namun, untuk memperkenalkan anak-anak makan makanan sihat, ia memang memerlukan kesabaran kerana tidak semua jenis makanan tersebut akan digemari oleh si kecil, menurut portal Keluarga.

Selain ikan, ayam, daging sebagai sumber protein, makanan laut seperti udang merupakan sumber protein yang sangat penting dalam diet.

Dr Rizal Abu Bakar yang terkenal di wadah Facebook gemar mengongsi tip-tip pemakanan sihat dan makanan yang bagus untuk dimasukkan dalam diet sekeluarga. Kali ini, beliau berkongsi kebaikan udang dalam diet makanan.

Menurut Dr Rizal, udang bukan saja sumber protein yang baik, tetapi juga mengandungi jumlah tinggi selenium, ataupun selenoprotein.

Selenium merupakan antioksida paling berkesan untuk memastikan sel kekal sihat dan membantu menghasilkan DNA, Keluarga memetik kata-kata Dr Rizal.

Ia turut mengandungi zink yang baik untuk sistem imun dan boleh menguatkan tulang.

Dr Rizal turut mengongsiksn satu resepi mudah yang menggunakan udang - udang berlado - menggunakan 500 gram udang harimau dan 5 biji limau kasturi.

BAHAN KISAR
– 1 senduk kecil cili kisar
– 4 ulas bawang putih
– 6 ulas bawang merah
– 5 biji tomato ceri
– 1 inci halia

BAHAN IRINGAN
– 3 sudu besar puri cili
– 1/2 sudu besar serbuk kunyit
– Garam bukit secukup rasa
– Gula kelapa secukup rasa
– Daun ketumbar

CARANYA
1. Siang udang. Perah jus limau kasturi dan perap selama 1 jam untuk hilangkan rasa dan bau hanyir.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng sekejap.
4. Kecilkan api dan masukkan udang.
5. Masukkan serbuk kunyit, puri cili, gula dan garam.
6. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan daun ketumbar. Gaul rata selama 2 minit.
8. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita