Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Aktiviti berkumpul dengan teman, keluarga boleh buat anda selera makan

Aktiviti makan bersama anggota keluarga dan teman-teman merupakan salah satu hal menyenangkan yang sering dilakukan. Namun satu kajian mendapati bahawa hal ini ternyata boleh membuat anda makan lebih banyak berbanding biasanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Aktiviti berkumpul dengan teman, keluarga boleh buat anda selera makan
Diterbitkan : 13 Oct 2019 09:38PM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 10:20PM

JAKARTA: Aktiviti makan bersama anggota keluarga dan teman-teman merupakan salah satu hal menyenangkan yang sering dilakukan. Namun satu kajian mendapati bahawa hal ini ternyata boleh membuat anda makan lebih banyak berbanding biasanya.

Hasil kajian mengejutkan ini diketahui berdasar sebuah kajian yang diterbitkan oleh "American Journal of Clinical Nutrition". Hasil kajian itu mendapati bahawa aktiviti makan bersama-sama menyebabkan seseorang jadi makan berlebihan berbanding ketika sendiri.

"Kami menjumpai bukti kukuh bahawa seseorang makan lebih banyak ketika dengan teman dan keluarga dibanding ketika bersendirian," terang Helen Ruddock pengkaji dari Universiti Birmingham.

Kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati ketika bersama dengan orang lain, seseorang itu akan makan 48 peratus lebih banyak berbanding ketika sendirian.

Ini kerana, apabila mereka bersama teman dan keluarga ia membantu merapatkan hubungan sosial yang mereka miliki.

Kesimpulannya, anda harus sentiasa memastikan bahawa anda tidak makan terlalu banyak sehinggakan memudaratkan diri anda.  

Sumber : Agensi berita/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan