Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

AirAsia bakal tawar khidmat hantar penumpang guna pesawat kecil; perjalanan dari KLIA ke KL Sentral hanya 11 minit

AirAsia bakal menawarkan pengalaman baru bagi para pengguna perkhidmatan e-panggilan.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia bakal tawar khidmat hantar penumpang guna pesawat kecil; perjalanan dari KLIA ke KL Sentral hanya 11 minit

(Gambar: Instagram/Tony Fernandes)

KUALA LUMPUR: AirAsia bakal menawarkan pengalaman baru bagi para pengguna perkhidmatan e-panggilan.

Jika perkhidmatan itu ketika ini cukup sinonim dengan penghantaran penumpang menggunakan kenderaan darat, kini AirAsia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat 'electric vertical take-off and landing (eVTOL)'.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad Tony Fernandes pada Rabu (16 Feb).

"Dilancarkan hari ini (Rabu). AirAsia Ride kini berada di udara.

"Bakal bermula (dari) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya 11 minit!" katanya dalam catatan di Instagram.

Perkhidmatan itu ditawarkan secara 'ride sharing' atau perkongsian penumpang.

Sebelum ini, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) memeterai kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.

Persefahaman itu sekali gus mengubah perkhidmatan e-panggilan dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih yang ditawarkan bagi pelbagai segmen serta sasaran pengguna.

Perincian mengenai operasi khidmat itu belum didedahkan kepada umum, namun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan