Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Air sirap RM18, pelanggan 'naik hantu'

Seorang pelanggan naik berang selepas dikenakan bayaran RM18 (S$6) bagi satu jag air sirap di sebuah restoran biasa. Ini membuat pelanggan yang namanya tidak didedahkan, memuat naik gambar resit restoran ke media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Air sirap RM18, pelanggan 'naik hantu'

Pelanggan memuat naik gambar resit ke laman Twitternya. (Gambar: @SyffaAzlan/Twitter)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 01:28PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 01:33PM

MELAKA TENGAH: Seorang pelanggan naik berang selepas dikenakan bayaran RM18 (S$6) bagi satu jag air sirap di sebuah restoran biasa. Ini membuat pelanggan yang namanya tidak didedahkan, memuat naik gambar resit restoran ke media sosial.

Menurut Sinar Harian, resit itu menunjukkan harga satu jag air sirap biasa itu melebihi harga hidangan utama lain seperti nasi yang dihidangkan dengan asam pedas ikan pari (RM12) dan hidangan nasi asam pedas tenggiri (RM13.50).

Kiriman tweet pelanggan itu tular dan dikongsi para pengguna Twitter. Pelanggan itu mendakwa 'restoran' tersebut mengambil kesempatan ke atas para pelanggan dengan tidak memberi menu kepada mereka lalu mengenakan bil sewenang-wenangnya.

"Mentang restoran kau famous kat Melaku tu kau boleh take advantage macam ni. Plus menu pun takda so tak boleh tengok price before order. Bila nak bayar nah! Air jug sirap kordial pun RM18," tulis pelanggan itu menerusi kiriman tweetnya seperti ditukil Sinar Harian.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan bahawa pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di gerai tersebut dan meminta peniaga terbabit untuk mengemukakan dokumen bagi menerangkan sebab mengenakan harga tidak munasabah menyusuli insiden itu.

“Kita sudah menjalankan pemeriksaan dan mendapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit," kata pengarah KPDNHEP Jaiya Abu.

“Memang pada papan tanda ada menyatakan minuman itu RM18 tetapi peniaga menyediakan air itu dalam jag yang mempunyai tiga saiz berbeza," tambah beliau.

Gerai makan tersebut diberi lima hari untuk memberi keterangan, lapor Sinar Harian  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan