Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Air kotak berperisa boleh lemahkan usus anak

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Ramai pasti tahu bahawa minuman soda tidak bagus untuk kesihatan dan seboleh mungkin, ibu bapa patut melarang anak-anak daripada kerap menikmati air bergas dalam pengambilan harian.

Walaupun begitu, mungkin ada juga antara kita yang tidak tahu bahawa bukan sahaja air jenis berkarbonat yang perlu dikawal pengambilannya, malah air minuman kotak pelbagai perisa juga wajar dielakkan daripada diminum oleh anak-anak.

Ini memandangkan air minuman tersebut sebenarnya boleh melemahkan usus anak-anak, terang Dr Mazliana Mazlan di akaun Facebooknya, seperti dipetik portal Keluarga. 

Air kotak bukan minuman harian bagi kanak-kanak kerana ia mempunyai kandungan gula yang amat tinggi, nasihat beliau.

"Elakkan beri anak-anak air kotak berperisa setiap hari, walaupun anda mungkin memandangnya remeh," kata Dr Mazliana.

"Lihat kandungan dan jumlah jenis gula yang ada. Ini belum lagi termasuk pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet dan bahan tambahan yang berlebihan," tambahnya. 

Lazimnya, terang Dr Mazliana, pemanis tiruan mengandungi jumlah sucralose yang tinggi. Ia boleh menjejas keseimbangan bakteria di usus anak-anak, dengan mengurangkan bakteria baik dalam usus mereka. 

Jika keseimbangan bakteria ini terjejas, jelas Dr Mazliana, banyak penyakit berpotensi berlaku. 

"Daya imun anak juga boleh merosot jika minum air kotak setiap hari," katanya. 

Beliau menasihatakan supaya menggantikan air kotak seumpama itu dengan makanan yang baik untuk usus anak, yang boleh membuat badan mereka lebih sihat. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan