Air hujan kini tidak lagi selamat untuk diminum
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan
STOCKHOLM: Air hujan di seluruh dunia kini tidak lagi selamat untuk diminum kerana paras bahan kimia toksik yang dikenali sebagai PFAS melebihi garis panduan terkini.
PFAS, yang merujuk pada bahan perfluoroalkil dan polifluoroalkil, pada mulanya ditemui dalam pembungkusan, syampu rambur atau alat solek.
Namun kini sudah merebak ke seluruh persekitaran, termasuk air dan udara.
Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih belum diketahui.
Para saintis yang diketuai oleh Ian Cousins, seorang profesor Sains Alam Sekitar di Universiti Stockholm, menjalankan ujian bagi empat jenis PFAS dan menganalisis beberapa ukuran lain.
"Walaupun di kawasan terpencil dan tidak ramai penduduk seperti Antartika dan dataran tinggi Tibet, PFAS yang dicatatkan melebihi paras garis panduan," kata Encik Cousins dalam kajian yang diterbitkan pada minggu lalu.
Sebahagiannya mempunyai kaitan dengan garis panduan tahap PFAS, yang menurun dengan ketara di banyak negara.
Sebagai contoh, nilai garis panduan air minum yang baru dikeluarkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat untuk PFA penyebab barah tertentu adalah 37.5 juta lebih kecil daripada piawai sebelum ini.
Ia dilakukan selepas mendapati bahan kimia berkenaan berupaya menjejaskan tindak balas imun kanak-kanak terhadap vaksin.
Walaupun terdapat teknologi pembersihan yang boleh membantu membuang bahan kimia tersebut, ia memerlukan kos yang tinggi dan tidak akan dapat mengekstrak PFAS yang mencukupi untuk memenuhi had keselamatan baru.
Encik Cousins berkata tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menunggu selama beberapa dekad.
"Ia akan perlahan-lahan mencairkan ke lautan. Kita juga boleh menghentikan larut lesap dari tapak pelupusan sampah lama (dengan menutup tapak pelupusan sampah dan merawat bahan larut lesap) dan memastikan sisa lama dibakar pada suhu tinggi."

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.