Skip to main content

Gaya Hidup

Ahli KrisFlyer akan dapat peroleh kredit status daripada perbelanjaan bukan penerbangan

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli KrisFlyer akan dapat peroleh kredit status daripada perbelanjaan bukan penerbangan

Aplikasi SingaporeAir dan Kris+, yang menggunakan 'miles' KrisFlyer, dipaparkan pada telefon bimbit pada 28 Mei 2025. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 25 Aug 2025 02:39PM Dikemas Kini : 25 Aug 2025 02:40PM
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) pada Isnin (25 Ogos) mengumumkan bahawa bermula 1 September, pembeli yang berbelanja di platform bukan penerbangannya - Kris+, KrisShop dan Pelago - akan memperoleh kredit status yang akan dikira ke arah kelayakan atau pembaharuan status KrisFlyer Elite atau PPS Club mereka.

Ahli PPS Club akan memperoleh 1 Nilai PPS bagi setiap S$3 yang dibelanjakan, manakala ahli KrisFlyer akan memperoleh 1 'mile' Elite untuk setiap S$1 yang dibelanjakan.

Kredit status ini juga akan dikira ke arah Ganjaran Pencapaian KrisFlyer dan Ganjaran PPS.

Ahli Solitaire PPS Club dan PPS Club boleh mengekalkan lebihan Nilai PPS sebagai Nilai Simpanan, sehingga had peringkat yang ditetapkan.

Perinciannya adalah seperti berikut:
SIA juga mengumumkan bahawa, pada 1 November, ia akan melancarkan pilihan penebusan baharu yang dipanggil Access, yang membolehkan ahli KrisFlyer menggunakan 'miles' mereka untuk memilih tempat duduk bagi penerbangan pilihan mereka.

Namun, keperluan 'mile' berbeza-beza berdasarkan permintaan untuk tempat duduk dan masa.

Pada 1 November, KrisFlyer juga akan menyelaraskan carta anugerah penebusan dan peningkatan 'mile' merentasi penerbangan Singapore Airlines, syarikat penerbangan Star Alliance dan syarikat penerbangan rakan kongsi.

Antara perubahannya, kadar anugerah 'Economy Saver' untuk Zon 1 hingga 9, yang merangkumi Asia dan Pasifik Barat Daya, akan berkurangan sebanyak 5 peratus.

Walau bagaimanapun, anugerah 'Business Saver' dan 'First/Suites Saver' untuk zon yang sama akan melihat peningkatan sebanyak 5 peratus.

Penebusan anugerah Saver untuk penerbangan ke dan dari Eropah dan Amerika Syarikat (Zon 11 hingga 13) akan meningkat sebanyak 5 peratus bagi semua kelas kabin.

Untuk perjalanan ke Afrika, Timur Tengah, dan Turki (Zon 10), peningkatan adalah antara 10 hingga 20 peratus.

Kadar anugerah 'Advantage' bagi semua zon dan kelas kabin - kecuali 'Economy Advantage' di Zon 10 - akan meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus.

Untuk Zon 10, kadar 'Economy Advantage' akan meningkat sebanyak 5 peratus, 'Business Advantage' sebanyak 18 peratus, dan 'First Advantage' sebanyak 15 peratus.

Kadar penebusan sedia ada akan terus digunakan untuk tempahan yang disahkan dan dijalankan sebelum 31 Oktober.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita