Skip to main content

Gaya Hidup

Adakah regangan otot dapat kurangkan sakit dan elak kecederaan?

Anggaran Waktu Membaca:
Adakah regangan otot dapat  kurangkan sakit dan elak kecederaan?

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 17 Jan 2023 10:22PM Dikemas Kini : 17 Jan 2023 10:23PM
CONNECTICUT: Kebanyakan daripada kita diajar sejak kecil bahawa ia merupakan satu kesalahan apabila kita tidak melakukan regangan otot sebelum atau selepas senaman.

Adakah kenyataan itu dibuktikan dengan hujah sains? Dan adakah anda perlu melakukan regangan sebelum atau selepas bersenam?

“Jawapan mudah untuk menjawab soalan itu adalah tidak,” kata Dr Samantha Smith, seorang profesor kanan ortopedik klinikal dan pemulihan di Sekolah Perubatan Yale.

APA YANG DICADANGKAN OLEH KAJIAN

Jika anda ingin melakukan senaman yang tidak melibatkan pergerakan yang banyak, seperti berlari-lari anak sejauh beberapa kilometer dengan rentak yang stabil, anda tidak perlu melakukan senaman regangan, kata David Behm, seorang profesor kajian sains sukan di Memorial University of Newfoundland di Kanada. Terdapat pelbagai jenis regangan otot, namun yang dibicarakan adalah senaman regangan statik, di mana anda berada dalam satu posisi untuk memelakukan regangan otot.

Dalam kes seperti itu, regangan yang mudah disertakan pergerakan dinamik seperti “lunges”, “squat” “butt-kicks” dan “high knees” akan mempersiapkan badan anda.

BAGAIMANA PULA DENGAN REGANGAN SELEPAS BERSENAM?

Ramai individu yang melakukan regangan selepas bersenam kerana berpendapat bahawa ia dapat membantu dalam pemulihan dan mengurangkan rasa tegang pada otot, kata Dr Behm.

Tetapi “terdapat pelbagai pendapat yang berbeza mengenai perkara tersebut", tambah Dr Smith.

Seperti contoh, apabila seseorang melakukan regangan untuk mengelakkan otot terasa tegang selepas senaman angkat berat, “terdapat kajian yang menunjukkan manfaat positif dan ada pula kajian yang tidak menunjukkan manfaat,” katanya.

Selepas melakukan senaman, anda perlu menyejukkan badan, regangan seperti menggunakan "foam roll" dan berjalan adalah salah satu caranya kata Dr De Souza. Namun, beliau menambah bahawa tiada kajian yang cukup yang dilakukan untuk menentukan kaedah menyejukkan badan mana satukah yang akan membuat anda rasa lega selepas bersenam.

BILA PATUT ANDA LAKUKAN REGANGAN

Jika anda ingin meningkatkan fleksibiliti atau mobiliti, regangan yang menumpukan kepada jenis-jenis otot berbeza dan dilakukan selama 30 hingga 60 saat setiap hari dapat membantu, kata Dr Smith. Ia juga boleh memberi manfaat dalam cara yang tidak disedari.

Jika otot anda terasa tegang atau sakit, ia mungkin bermakna otot anda cedera. Oleh itu, anda harus berjumpa dengan petugas jagaan kesihatan sebelum melakukan regangan.



 
Sumber : CNA/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita