Adakah makanan terlalu pedas berbahaya?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Makanan pedas sesuatu yang biasa di Singapura, termasuk mi segera popular jenama Buldak Samyang. Mi segera Korea Selatan kegemaran ramai meraih perhatian baru-baru ini setelah diharamkan di Denmark kerana dikatakan terlalu pedas - terutamanya Buldak 3X Spicy & Hot Chicken, Buldak 2X Spicy & Hot Chicken dan Buldak Hot Chicken Stew.
Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark menyatakan dalam satu kenyataan pada 11 Jun bahawa kadar kepedasan dalam satu paket mi segera "terlalu tinggi sehingga menimbulkan risiko pengguna mengalami keracunan akut". Kenyataan itu turut menambah bahawa mereka yang memiliki produk itu "perlu membuangnya atau memulangkannya kepada kedai di mana anda membelinya".
Namun, betapa pedaskah mi segera ini?
Ternyata tidak sepedas cili padi yang berukuran sekitar 100,000 hingga 250,000 unit haba Scoville (SHU).
Antara ketiga-tiga mi segera yang diharamkan di Denmark, Buldak 3X Spicy & Hot Chicken berada sekitar 13,200 SHU. Ini diikuti oleh Buldak 2X Spicy & Hot Chicken pada 10,000 SHU dan Buldak Hot Chicken Stew pada 4,400 SHU.
Namun, bolehkan makanan pedas menyebabkan keracunan akut seperti apa yang dikatakan oleh agensi makanan Denmark?

BOLEHKAH MAKANAN TERLALU PEDAS MENYEBABKAN KEMATIAN?
Tanggapan ini mungkin timbul berikutan laporan mengenai seorang remaja daripada Amerika Syarikat, yang meninggal dunia pada September 2023 setelah memakan sebuah cip tortilla yang disapu dengan ekstrak lada Carolina Reaper dan Naga Viper ketika menyertai cabaran One Chip Challenge di media sosial.
Syarikat yang memiliki jenama cip Paqui itu, Amplify Snack Brands, turut menarik balik produk itu daripada pasaran.

Namun, bolehkah kematian berpunca daripada makanan yang pedas?
Pertama, kedua-dua lada yang digunakan pada cip itu merupakan antara yang paling pedas pernah dicatatkan. Lada Carolina Reaper mempunyai kadar kepedasan 2.2 juta SHU, manakala Naga Viper pula 1.3 juta SHU.
Kedua, kematian kanak-kanak berusia 14 tahun itu disebabkan oleh serangan kardiopulmonari, yang mungkin disebabkan oleh jantung yang membesar, sebuah kecacatan jantung kongenital, menurut AP News.
"Terdapat laporan keracunan akut dengan capsaicin yang menyebabkan iskimea pada otot-otot jantung," kata Dr Syed Haider, pakar kardiologi di Pusat Hospital MedStar Washington dalam laporan itu.
"Dos besar capsaicin boleh meningkatkan bagaimana jantung memerah, meletakkan tekanan tambahan pada arteri."
Namun, insiden sebegitu jarang berlaku.

"Sebilangan besar orang ramai mungkin mengalami gejala seperti kesakitan yang teruk, rasa terbakar, diaforesis, loya dan muntah. Tetapi sensasi ini hanya sementara dan tidak akan membawa kepada kematian," kata Dr Shim Hang Hock, pakar gastroenterologi di Hospital Parkway East.
Bagaimanapun, ia tetap bagus untuk mengenal pasti had toleransi kerana "kadar kepedasan yang terlalu tinggi boleh memburukkan kondisi penyakit sedia ada" dalam kes-kes yang jarang berlaku, kata Dr Shim.
KENAPA KITA SUKA MAKANAN PEDAS?
"Capsaicin adalah kompaun kimia aktif dalam makanan pedas yang menyumbang kepada rasa pedas," kata Dr Shijm. "Capsaicin terikat pada Reseptor TRPV1 (atau potensi reseptor sementara V1), yang mengesan haba dan kesakitan."
Pengarah Pembedahan PanAsia dan pakar bedah perunding dalam pembedahan gastrousus, laparoskopi dan obesiti, Dr Melvin Look menjelaskan bahawa "reseptor TRPVI juga boleh dirangsang oleh rangsangan berbahaya lain seperti haba atau asid". "Pada asasnya, ia adalah refleks perlindungan untuk menghalang kita daripada memakan bahan yang berbahaya."
Menurut Dr Shim, sebab mengapa orang ramai suka makanan pedas adalah kerana kesakitan yang dihasilkan boleh mendorong pengeluaran endorfin.
Sebilangan orang juga mungkin menikmati rasa kepanasan dan kepedasan apabila menjamu makanan pedas.
Namun, terdapat kesan buruk yang perlu dipertimbangkan juga.
"Jika capsaicin dimakan dalam jumlah yang banyak, ia boleh merangsang seluruh saluran gastrousus dan menghasilkan gejala seperti pedih ulu hati, sakit dada dan sakit perut. Ia juga boleh merangsang pergerakan usus yang tidak normal yang membawa kepada refluks dan cirit-birit," kata Dr Look.

APAKAH JUMLAH MINIMUM CAPSAICIN YANG DIPERLUKAN UNTUK CETUSKAN KESAKITAN PADA PERUT ATAU SEBABKAN KEMATIAN?
Hanya sekitar 0.5mg hingga 1mg diperlukan untuk mencetuskan kesan ringan dan tidak menyenangkan akibat capsaicin, kata Dr Look, memetik kajian manusia.
"Kesan buruk yang serius (seperti peluh sejuk, perubahan dalam tekanan darah atau rasa pening) mula muncul apabila lebih daripada 170mg ditelan" atau "setara dengan makan 1 kilogram lada jalapeno", katanya. "Gejala-gejala ini mungkin tidak menyenangkan untuk dialami tetapi ia bakal hilang dalam tempoh sekitar setengah hari."
Beliau turut menambah: "Sebagai perbandingan, dos capsaicin yang boleh menyebabkan kematian dijangka lebih tinggi, sekitar 35,000 miligram capsaicin bagi seorang dewasa. Anda perlu memaksa diri anda memakan jumlah makanan pedas yang melebihi kadar yang boleh diterima. Ini kadang-kadang berlaku apabila seseorang memasuki cabaran memakan makanan pedas."
Tahap gastrousus yang tidak menyenangkan juga boleh ditingkatkan lagi jika anda memakan cili yang berada pada tahap skala Scoville yang lebih tinggi, kata Dr Shim.
BOLEHKAH ANDA MENGALAMI KERACUNAN AKUT DARIPADA CAPSAICIN?
Memakan capsaicin "tidak selalunya menyebabkan keracunan akut," kata Dr Shim, "melainkan jumlah yang terlalu tinggi diambil, terutama pada individu yang mudah terdedah."
BOLEHKAH KITA MELATIH TOLERANSI TERHADAP MAKANAN PEDAS?
Sama ada makanan pedas sesuatu yang menyeronokkan atau menyakitkan bergantung kepada faktor semula jadi dan terlatih, kata Dr Shim.
"Faktor semula jadi termasuk variasi genetik, reseptor rasa dan persepsi kesakitan. Faktor terlatih termasuk pendedahan berulang kepada makanan pedas yang membawa kepada desensitisasi dan peningkatan toleransi dari semasa ke semasa. Ini juga boleh dipengaruhi oleh latar belakang budaya dan keutamaan peribadi terhadap makanan pedas,” katanya.
Jika anda ingin "melatih" tahap toleransi, cara terbaik adalah untuk menangani rasa kepedasan dengan meminum susu atau memakan ais krim, kata Dr look.
"Protein diari yang dipanggil kasein boleh menangani capsaicin dan membawanya jauh dari 'thermoreceptors' dalam mulut anda," tambahnya.

Sumber : Sumber Web/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.