Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Adakah anda pencipta kandungan video? Ini peluang sertai Anugerah The Pinwheels

Anda yang mencipta kandungan video dan berkongsinya online - sila ambil perhatian. Buat julung-julung kalinya Mediacorp menawarkan Anugerah The Pinwheels yang mengiktiraf daya kreatif pencipta kandungan video.

Anggaran Waktu Membaca:
Adakah anda pencipta kandungan video? Ini peluang sertai Anugerah The Pinwheels

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 02:54PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 02:57PM

SINGAPURA: Anda yang mencipta kandungan video dan berkongsinya online - sila ambil perhatian. Buat julung-julung kalinya Mediacorp menawarkan Anugerah The Pinwheels yang mengiktiraf daya kreatif pencipta kandungan video.

Dengan kerjasama YouTube dan SingTel, Mediacorp mengundang pencipta kandungan video tempatan untuk menyerahkan hasil karya YouTube mereka dalam 12 kategori berbeza.

Serupa dengan Anugerah Streamy, The Pinwheels ditawarkan berikutan pelantikan Mediacorp sebagai Rangkaian Berbilang Saluran Youtube rasmi di Singapura baru-baru ini.

"Kami berharap The Pinwheels akan memberi inspirasi dan menggalak semua pencipta kandungan video di Singapura untuk terus meningkatkan mutu prestasi," kata Ketua Pegawai Komersil dan Digital Mediacorp Parminder Singh. "Dengan sokongan kukuh daripada masyarakat pencipta kandungan, The Pinwheels adalah langkah penting ke arah meletakkan Singapura dalam peta dunia pencipta kandungan."

BAGAIMANA UNTUK AMBIL BAHAGIAN

Pencipta kandungan berpengalaman dan yang baru diundang untuk menyerahkan karya YouTube mereka dari sekarang hingga seminit sebelum tengah malam 12 Disember 2021.

Karya video itu boleh diserahkan bagi satu atau lebih kategori berikut:

  • Resipi Makanan Terbaik
  • Kecantikan & Fesyen Terbaik
  • Gaya Hidup Terbaik
  • Komedi/Drama Terbaik
  • Dokumentari Pendek/Bukan Fiksyen Terbaik
  • Podcast/Ulasan Terbaik
  • Teknologi/Permainan Terbaik
  • Kerjasama Terbaik
  • Video Paling Popular
  • Video Paling Berkesan kepada Masyarakat
  • Kandungan Terbaik Tahun ini
  • Video Paling Inovatif

Daripada 12 kategori itu, 10 akan dinilai oleh panel karyawan industri. Baki dua kategori - Video Paling Popular dan Kandungan Terbaik Tahun ini - akan dinilai berdasarkan gabungan permarkahan para juri dan undian orang ramai.

Selain daripada itu, Mediacorp akan menawarkan dua kategori khas. Anugerah Pencipta Baru Terbaik akan menampilkan pencipta kandungan yang baru dari program Pemacu MCN Bloomer.SG manakala anugerah Pencipta Kandungan Tahun ini akan diberikan kepada pencipta kandungan yang membawa kesan penting kepada dunia YouTube tempatan.

Video yang diserahkan mesti dihasilkan di Singapura dan disasarkan untuk pasaran Singapura serta dimuat naik di YouTube antara 1 November 2020 dengan 30 Oktober 2021.

Hanya rakyat Singapura atau Penduduk Tetap layak bagi Anugerh tersebut.

Untuk menyerahkan video anda dan maklumat lanjut, lungsuri www.mediacorp.sg/pinwheels. 

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa