Adakah anda alami 'purpose anxiety'? Pakar psikologi kongsi cara mencari makna kehidupan
Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada pekerjaan, kejayaan atau pilihan hidup selama ini benar-benar membawa makna? Bagi sesetengah individu, persoalan itu boleh mencetuskan keresahan apabila mereka merasakan kehidupan tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
(Ilustrasi: The New York Times)
- The article explains anxiety about finding purpose in life, which can affect people at different ages when they are unclear about their direction or believe that life’s meaning must come from major achievements.
- Psychologists Ellen Hendriksen, Todd Kashdan, Patrick Hill and Daryl Van Tongeren stress that a sense of purpose can change, need not be extraordinary and is more meaningful when it also benefits others.
- For example, Van Tongeren found meaning in growing chillies for his family and friends, while Tasha Edwards in Alabama helps people on low incomes through exercise classes and health guidance.
- Kashdan advises people to try new activities, explore their interests, reflect on their experiences and learn from others. A survey published in June found that about 45 per cent of more than 2,400 Gen Z respondents were unclear about their purpose in life.
- Artikel menerangkan keresahan mencari tujuan hidup, yang boleh dialami pada pelbagai usia apabila seseorang tidak jelas tentang hala tuju atau menyangka makna hidup mesti datang daripada pencapaian besar.
- Pakar psikologi Ellen Hendriksen, Todd Kashdan, Patrick Hill dan Daryl Van Tongeren menekankan tujuan hidup boleh berubah, tidak perlu luar biasa, dan lebih bermakna apabila turut memberi manfaat kepada orang lain.
- Contohnya, Van Tongeren menemukan makna dengan menanam cili untuk keluarga dan rakan, manakala Tasha Edwards di Alabama membantu golongan berpendapatan rendah melalui kelas senaman serta bimbingan kesihatan.
- Kashdan menyarankan individu mencuba kegiatan baharu, meneroka minat, merenung pengalaman dan mencontohi orang lain; tinjauan yang diterbitkan pada Jun mendapati sekitar 45 peratus daripada lebih 2,400 responden Gen Z kurang jelas tentang tujuan hidup.
Bagi sesetengah individu, persoalan itu boleh mencetuskan keresahan apabila mereka merasakan kehidupan tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Keadaan ini kadangkala dikenali sebagai 'purpose anxiety', iaitu keresahan dalam mencari tujuan hidup.
Pakar psikologi klinikal di Boston, Ellen Hendriksen, berkata beliau sering bertemu klien yang berasa gelisah mengenai hala tuju kehidupan mereka.
Ada yang mengikuti pengajian perubatan demi memenuhi harapan ibu bapa, tetapi akhirnya berasa tidak bahagia.
Ada juga yang bekerja keras sehingga mencapai kedudukan tertinggi dalam kerjaya, namun kemudian mempersoalkan tujuan di sebalik pencapaian tersebut.
Menurut Cik Hendriksen, mereka sebenarnya sedang bergelut mencari tujuan hidup.
Kajian menunjukkan bahawa mempunyai tujuan hidup dikaitkan dengan kesihatan fizikal yang lebih baik, tahap kebahagiaan dan kepuasan hidup yang lebih tinggi, risiko kemurungan dan keresahan yang lebih rendah serta jangka hayat lebih panjang.
Namun, proses mencari tujuan itu sendiri boleh menimbulkan tekanan.
APAKAH 'PURPOSE ANXIETY' DAN MENGAPA IA BERLAKU?
Istilah 'purpose anxiety' tidak digunakan secara meluas dalam bidang psikologi, namun konsep keresahan ketika mencari tujuan hidup sudah dikenali dalam kalangan penyelidik dan pakar klinikal.
Istilah itu dipercayai diperkenalkan pada 2014 oleh seorang pelajar siswazah psikologi yang mengkaji pengalaman individu mencari tujuan hidup.
Kajiannya mendapati kebanyakan individu menginginkan kehidupan yang mempunyai tujuan, tetapi sering mengalami keresahan sepanjang proses mencarinya, tanpa mengira usia.
Profesor Psikologi di Universiti George Mason, Todd Kashdan, berkata keresahan itu sebahagiannya berpunca daripada salah faham mengenai maksud tujuan hidup.
Sesetengah individu menganggap tujuan hidup hanya berkaitan pencapaian peribadi, sedangkan manfaat psikologi yang lebih besar boleh diperolehi apabila matlamat seseorang turut memberi manfaat kepada orang lain.
Ada juga yang beranggapan tujuan hidup mesti melibatkan pencapaian besar, seperti menjadi pemimpin tertinggi atau menemui penawar penyakit.
Profesor Sains Psikologi dan Otak di Universiti Washington di St Louis, Patrick Hill, berkata tanggapan sedemikian boleh menyebabkan seseorang berasa tertekan kerana menetapkan sasaran terlalu tinggi.
Pakar menegaskan tujuan hidup tidak semestinya besar atau luar biasa.
Ia boleh melibatkan kegiatan sederhana yang memberi kepuasan, berubah mengikut peringkat kehidupan, malah seseorang boleh mempunyai lebih daripada satu tujuan pada masa yang sama.
KEGIATAN KECIL JUGA BOLEH MEMBERI MAKNA HIDUP
Profesor Psikologi di Hope College, Michigan, Daryl Van Tongeren, misalnya, menemui tujuan melalui kegiatan menanam cili sejak sedekad lalu.
Beliau menanam benih, menjaga pokok sehingga berbuah dan menggunakan hasil tuaian untuk menghasilkan sos cili bagi keluarga serta rakan-rakannya.
Walaupun berbeza daripada pekerjaan hariannya, kegiatan itu membolehkan beliau mengeratkan hubungan dengan orang tersayang.
Kajian Profesor Van Tongeren mendapati tindakan yang memberi manfaat kepada orang lain boleh meningkatkan rasa bahawa kehidupan mempunyai makna.
Beliau menjelaskan bahawa hubungan sosial yang baik merupakan antara sumber utama makna hidup.
BAGAIMANA MENCARI TUJUAN HIDUP?
Mencari tujuan hidup bukan sesuatu yang mudah, khususnya bagi golongan muda.
Satu tinjauan melibatkan lebih 2,400 individu Generasi Z yang diterbitkan pada Jun mendapati sekitar 45% responden melaporkan bahawa kehidupan mereka tiada makna atau tujuan yang jelas.
Profesor Kashdan mencadangkan beberapa pendekatan bagi membantu individu mencari hala tuju hidup.
Antaranya ialah mencuba kegiatan baharu, membaca mengenai perkara yang diminati dan mengenal pasti pengalaman yang membuatkan seseorang berasa bersemangat.
Beliau turut menyarankan supaya individu meluangkan masa merenung pengalaman tersebut bagi memahami perkara yang paling bermakna kepada mereka.
Tujuan hidup juga boleh ditemui selepas melalui perubahan besar.
Sebagai contoh, seorang atlet yang terpaksa bersara akibat kecederaan mungkin menemui tujuan baharu dengan membantu orang lain pulih dan memilih kerjaya sebagai ahli fisioterapi.
MEMBANTU ORANG LAIN, MEMBINA HUBUNGAN SOSIAL
Bagi Tasha Edwards, 51 tahun, yang menetap di Alabama, Amerika Syarikat, tujuan hidupnya ditemui melalui kegiatan mengendalikan kelas senaman dan menjadi jurulatih kesihatan.
Beliau memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah yang sering berdepan tekanan dan kesukaran mengutamakan kesihatan diri.
Cik Edwards, yang membesar dalam kawasan perumahan awam, memahami cabaran kewangan yang boleh menyebabkan seseorang mengabaikan kesihatan.
Beliau mahu membantu kliennya mendapatkan semula rasa kawalan terhadap kehidupan, bukan sekadar mengajar mereka bersenam.
Profesor Kashdan turut mencadangkan pendekatan 'pembelajaran sosial', iaitu memerhatikan dan mencontohi tingkah laku positif orang lain.
Sebaliknya, melihat tingkah laku yang tidak disenangi juga boleh membantu seseorang mengenal pasti nilai dan sifat yang tidak mahu dicontohi.
Menurut beliau, sikap ingin tahu, kesediaan bertanya dan keterbukaan mencuba pengalaman baharu boleh membantu seseorang menemui hala tuju yang lebih bermakna.
Pakar menegaskan bahawa mencari tujuan hidup tidak semestinya memerlukan pencapaian luar biasa.
Makna hidup juga boleh ditemui melalui kegiatan harian, hubungan dengan orang tersayang dan usaha membantu orang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.