Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Adakah amalan sihat boleh jejas kesihatan?

Anggaran Waktu Membaca:
Adakah amalan sihat boleh jejas kesihatan?

Gambar hiasan. (Gambar: Agensi berita/ Sinar Plus)

KUALA LUMPUR: Penjagaan kesihatan perlu diberikan perhatian khusus bukan sahaja baik untuk tubuh badan tetapi mampu memberi fokus kepada kerja yang kita lakukan.

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah menjaga kesihatan, mengamalkan pemakanan yang sihat, minum air putih secukupnya termasuk melakukan aktiviti fizikal, menurut Sinar Plus.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kerana tidak semua yang dipandang baik itu memberi manfaat positif.

Memetik perkongsian kompas.com, kebiasaan yang kita sering lakukan meskipun baik untuk kesihatan, namun boleh mengundang padah jika berlebihan.

Berikut penjelasannya:

1. MINUM AIR

Minum air putih memang jelas baik untuk tubuh badan. Perkara itu juga merupakan salah satu cara semula jadi untuk menghapuskan toksik dalam badan.

Bagaimanapun, sekiranya hal tersebut berlebihan, ia akan mengakibatkan hiponatremia bermaksud natrium darah menjadi terlalu rendah.

Minum air berlebihan had tanpa penggantian elektrolit seperti sodium dan kalium pada ginjal mampu menyebabkan otak bengkak.

2. OLAHRAGA

Bersukan antara perkara yang memberi manfaat seperti menjaga berat badan dan menguatkan fizikal.

Jika dilakukan di luar batas kemampuan, ia akan mengakibatkan tubuh berasa sakit dan kepenatan.

Tubuh memerlukan masa untuk memperbaiki kerosakan sel. Jadi, rehat dan luangkan masa seketika.

3. ORTHOREXIA

Tambah Sinar Plus lagi, amalan memakan makanan sihat memang baik dan wajar, tetapi sekiranya berlebihan boleh mengundang bahaya.

4. MAKANAN TAMBAHAN

Pengambilan makanan tambahan baik untuk memicu kesihatan agar lebih baik.

Lebih-lebih lagi terhadap penggunaan makanan tambahan tiruan atau melebihi had dibenarkan.

5. PUASA BERSELANG-SELING (INTERMITTENT FASTING)

Kaedah puasa berselang-seling adalah antara cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan dalam tempoh segera.

Kadar glukosa yang menurun secara mendadak akan menjejaskan kesihatan, menurut Sinar Plus.

Oleh itu, sebaiknya buat keputusan bijak bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Kesihatan memang perlu dijaga dengan baik, tetapi tetap ada batasnya agar tidak berlebihan.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan