Ada janji temu dengan doktor? Ini 7 soalan berhubung kesihatan wanita yang boleh anda tanya!
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi kebanyakan kita, pergi ke doktor keluarga(GP) merupakan sesuatu yang lazim. Kita mungkin berjumpa doktor kerana demam, sakit tekak, atau penyakit lain. Atau mungkin ia adalah pemeriksaan susulan biasa untuk keadaan kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Dalam kebanyakan kes, kita tidak banyak bertanya. Bagaimanapun, GP boleh menawarkan lebih daripada sekadar menangani kebimbangan utama anda.
Berikut kami senaraikan tujuh soalan yang boleh ditanya sekiranya anda berkunjung ke klinik GP.
1. APAKAH VAKSINASI YANG PERLU SAYA DAPATKAN?

Ramai orang mungkin tidak sedar vaksinasi yang mereka perlukan, atau tersilap anggap bahawa vaksinasi yang sudah mereka ambil akan memberi mereka imuniti sepanjang hayat.
Tanya GP anda untuk pastikan semua suntikan anda adalah yang terkini, terutamanya jika anda ada rancangan untuk ke lauar negara.
Dr Ariel Choy, di Raffles Medical, berkata: “Vaksin demam selesama amat penting, terutamanya jika anda melancong ke negara semasa musim selesema mereka, yang biasanya berkaitan dengan musim sejuk.
“Sesetengah negara di Afrika dan Timur Tengah menasihatkan pelancong supaya mengambil vaksin demam kuning dan kepialu sebelum melakukan perjalanan. Doktor anda akan dapat membantu anda merancang jadual vaksin anda untuk memenuhi keperluan vaksin anda."
Selain untuk ke luar negara, vaksin influenza dan pneumokokal amat disyorkan untuk mereka yang berumur 65 tahun ke atas, atau mereka yang mempunyai keadaan perubatan tertentu, tambah Dr Choy. Ini termasuk penghidap kencing manis, penyakit jantung dan penyakit paru-paru kronik.
Shingrix, vaksin terhadap kayap, disyorkan untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas, dan vaksin HPV disyorkan bagi kanak-kanak perempuan berumur sembilan hingga 26 tahun, tambahnya.
2. PERLUKAH SAYA AMBIL SUPPLEMEN KESIHATAN?

"Jika anda mengamalkan diet yang normal dan sihat secara tetap, anda tidak memerlukan suplemen tambahan," kata Dr Choy.
Suplemen mungkin diperlukan jika terdapat perubahan dalam gaya hidup anda yang menyebabkan pengambilan makanan tertentu disekat atau dikurangkan, atau jika anda didiagnosis dengan keadaan perubatan baharu, katanya.
Dr Choy menambah: "Mengambil suplemen atau vitamin mungkin membawa kesan sampingan, jadi adalah bijak untuk mengambilnya apabila perlu sahaja."
3. ADAKAH ISU SAKIT PUAN SAYA SIMPTOM SESUATU YANG LEBIH SERIUS?

Jika anda mempunyai kebimbangan ginekologi, seperti keputihan atau pendarahan haid yang tidak teratur, tetapi tidak cukup untuk mewajarkan anda berjumpa pakar sakit puan, anda boleh tanya kepada GP.
Keputihan mungkin normal, dan ini biasanya menjadi lebih ketara pada masa-masa tertentu, seperti semasa pertengahan kitaran haid.
Bagaimanapun, keputihan juga boleh menjadi simptom jangkitan, kata Dr Sarah Lau, pakar perubatan keluarga di Parkway Shenton.
Seorang GP boleh memberi anda gambaran lebih baik sama ada anda perlu menjalani ujian lanjut.
4. ADAKAH CARA SAYA MELAKUKAN PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA DENGAN BETUL?

Persatuan Barah Singapura mengesyorkan pemeriksaan sendiri payudara (BSE) secara bulanan untuk wanita berumur 20 tahun ke atas.
Bagaimanapun, Dr Lau berkata pesakit selalunya tidak tahu cara melakukannya dengan betul.
Kesilapan biasa termasuk:
Jika anda tidak pasti tentang cara melakukan pemeriksaan payudara atau mempunyai kebimbangan tentang perubahan pada payudara anda yang tidak termasuk dalam gejala barah, tanya doktor anda. Anda juga boleh meminta GP anda bagi rujukan kepada pakar payudara.
5. APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN MENGENAI GEJALA PUTUS HAID?

- Tidak melakukan pemeriksaan sendiri payudara pada masa yang betul, iaitu kira-kira seminggu selepas tamat haid
- Tidak melakukan pemeriksaan visual – cari keadaan tidak normal pada payudara di hadapan cermin
- Terlupa untuk periksa di bawah lengan
- Tidak melakukan pemeriksaan dalam keadaan berdiri dan baring
Jika anda tidak pasti tentang cara melakukan pemeriksaan payudara atau mempunyai kebimbangan tentang perubahan pada payudara anda yang tidak termasuk dalam gejala barah, tanya doktor anda. Anda juga boleh meminta GP anda bagi rujukan kepada pakar payudara.
5. APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN MENGENAI GEJALA PUTUS HAID?
Antara umur 45 dengan 55 tahun, wanita mungkin mula mengalami gejala seperti rasa panas, berpeluh malam, tidur terganggu, kekeringan faraj, sakit otot dan sendi, dan perubahan mood yang menunjukkan keadaan putus haid (perimenopause dan menopause).
Anda mungkin perlu berjumpa pakar sakit puan untuk simptom yang teruk, Namun, bagi kes yang lebih ringan, GP anda mungkin boleh memberikan ubat seperti penahan sakit otot dan sendi, atau terapi estrogen faraj, kata Dr Choy.
6. APAKAH PEMERIKSAAN KESIHATAN YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Kementerian Kesihatan mempunyai garis panduan am untuk pemeriksan tekanan darah tinggi, kolesterol, obesiti, kencing manis, payudara, pangkal rahim, osteoporosis dan lain-lain.
Bagaimanapun, jika anda tidak pasti tentang garis panduan atau bimbang tentang keadaan kronik lain, tanya GP anda tentang pemeriksaan yang perlu anda lakukan.
"Terdapat kes tertentu yang memerlukan pemeriksaan lebih awal, atau pemeriksaan yang biasanya tidak dinasihatkan untuk penduduk umum," kata Dr Choy.
7. KENAPA BERAT BADAN SAYA NAIK?

Jika anda bimbang tentang perubahan pada berat badan and, tanya doktor anda mengenainya.
Beliau boleh membantu dengan terlebih dahulu melihatnya dari sudut punca perubatan, kata Dr Lau.
Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh gangguan hormon tertentu seperti penyakit tiroid atau sindrom Cushing, apabila badan menghaslkan terlalu banyak hormon kortisol. Berat badan anda juga mungkin terjejas kerana jangkitan, penyakit kronik, ketidakseimbangan hormon dan barah, kata Dr Lau.
GP anda boleh memberi anda beberapa perspektif tentang cara pilihan diet, tabiat gaya hidup, tekanan, atau ubat-ubatan dan suplemen. Dan jika anda merancang untuk mengikuti diet tertentu, GP anda juga boleh memberi anda nasihat berasaskan bukti yang berguna, tambah Dr Lau.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.