Skip to main content

Gaya Hidup

ACM bakal adakan pameran bertemakan teh dan kedai 'pop-up' Chagee

Anggaran Waktu Membaca:
ACM bakal adakan pameran bertemakan teh dan kedai 'pop-up' Chagee
Pameran 'Garden Of Senses: A Tea Reverie' akan berlangsung dari 28 Januari hingga 7 Jun. (Gambar: ACM)
SINGAPURA: Jika anda seorang penggemar teh, anda pasti ingin meluangkan masa untuk melawat pameran 'Garden Of Senses: A Tea Reverie' yang akan datang.

Diadakan di Muzium Tamadun Asia (ACM) dari Rabu (28 Jan) hingga 7 Jun, pameran bertemakan teh ini merupakan kerjasama antara ACM, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan rangkaian minuman popular Chagee, serta menonjolkan kesan teh melalui seni pemasangan dan pengalaman interaktif.

Antara kegiatan yang boleh dilakukan pengunjung termasuk menyaksikan keindahan seni pemasangan kertas yang dibentuk menjadi arca, menikmati pelbagai aroma teh - seperti teh hijau dan oolong - dan mempelajari evolusi pembuatan teh.

Ruang pameran itu juga menempatkan kedai 'pop-up' Chagee - lanjutan daripada 'Garden Of Senses: A Tea Reverie' - yang akan dibuka dalam dua fasa dan menjual barangan eksklusif.
Related article image
Menjelang awal Februari, kawasan utama kedai 'pop-up' Chagee itu akan dibuka. (Gambar: ACM)
Fasa pertama, yang dibuka pada 28 Januari, akan menampilkan koleksi 'Garden Of Senses' Chagee.

Barangan yang boleh didapati termasuk Cawan Porselin Linglong (S$29) dan pilihan teh Garden Of Senses (S$12), iaitu set campuran teh Chagee yang dipilih khas.

Menjelang awal Februari, kawasan utama kedai 'pop-up' Chagee itu akan dibuka, membolehkan pengunjung memesan minuman dan membeli lebih banyak barangan eksklusif, selain daripada yang sudah dikeluarkan sebelumnya.

Anda juga boleh mendapatkan 'Pony Plushie Charm' Chagee yang direka khas dan disediakan dalam dua warna: biru muda dan coklat muda.

Pilihan biru muda itu khusus bagi pemegang tiket 'All Access' ACM, manakala pilihan coklat muda pula disediakan bagi pelanggan yang mengunjungi pameran itu.

Setiap 'plushie charm' itu boleh ditebus dengan pembelian set lengkap (S$17.90), termasuk minuman pilihan.

Maklumat bagi mendapatkan tiket 'Garden Of Senses: A Tea Reverie' boleh didapati melalui laman web ini.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita