Acara sambutan tahun baharu Mediacorp diserikan artis luar & tempatan
Buat julung-julung kalinya, acara sambutan tahun baharu Mediacorp akan diadakan di Pantai Siloso, Sentosa.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, acara sambutan tahun baharu Mediacorp akan diadakan di Pantai Siloso, Sentosa.
Lebih menarik lagi, acara 'Let's Celebrate 2026' itu akan menampilkan Irene dan Seulgi, ahli kumpulan penyanyi wanita dari Korea Selatan, Red Velvet.
Menurut Mediacorp, walaupun musim hujan hujung tahun menjadi cabaran dalam pemilihan lokasi, para penonton masih boleh menjangkakan pengalaman mengasyikkan dengan kesan pancaran laser dan visual yang dihasilkan dron.
Artis-artis tempatan juga akan tampil membuat persembahan menerusi kerjasama rentas genre dan bentuk seni.
Ini termasuk Glenn Yong dan Nathan Hartono, yang akan disertai oleh kumpulan penari dari Politeknik Singapura.
"Sebagai seorang penghibur tempatan, saya rasa acara-acara seperti ini sangat berharga kerana ia memberi kami pentas untuk menonjolkan diri kami, sungguhpun persada seni Singapura agak kecil, dan ada yang sibuk dengan kerja mereka sendiri, terutama sekali menjelang akhir tahun.
"Jadi, ia sangat menyenangkan dan sangat berharga untuk dapat melihat semua orang bertemu, bertanya khabar, dan mungkin bincangkan perancangan bersama untuk tahun depan," kata penyanyi dan penggubah lagu, Nathan Hartono.
Antara persembahan lain yang boleh dinanti-nantikan ialah satu medley oleh ketiga-tiga Singapore Idol iaitu Taufik Batisah, Hady Mirza dan Sezairi Sezali.
Tidak lupa juga persembahan daripada Papa Rock, Ramli Sarip.
Acara kemuncak bagi sambutan tersebut ialah pertunjukan bunga api selama 10 minit yang akan dimulakan tepat pada pukul 12.00 tengah malam.
Masuk adalah percuma dan pintu masuk akan dibuka pada pukul 7.00 malam.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.