Acara, pameran menarik pada Mei ini

Gambar: Temasek Shophouse
SINGAPURA: Dengan pelonggaran terkini langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 bermula 26 April lalu, lebih banyak acara, bazar dan perkara menarik lain kembali diadakan pada skala hampir seperti sedia kala.
Jika anda buntu tentang bagaimana untuk meluangkan hujung minggu panjang sempena cuti Hari Vesak ini - selain berkunjung-kunjungan waktu Lebaran - atau buat seluruh bulan Mei sekalipun, berikut kami senaraikan antara kegiatan yang boleh dipertimbangkan.
Pesta Fesyen Shopee

Pameran Fesyen Shopee di kafe Coexist Coffee Co cawangan Paya Lebar akan menghimpunkan koleksi pakaian terbaik pada harga diskaun daripada jenama-jenama seperti Adidas dan Melissa.
Jika ada sesuatu yang menarik pada mata anda, imbas sahaja kod QR yang tertera untuk membelinya online.
Lebih menarik lagi, anda berpeluang untuk memenangi baucar Shopee, perbelanjaan untuk membeli-belah dan hadiah lain apabila anda membeli-belah, menjamu selera atau mengambil bahagian dalam acara hadiah percuma di acara tersebut.
Bila: 14-19 Mei
Di mana: Coexist Coffee Co., 11, 01-02 Eunos Rd 8, Lifelong Learning Institute, 408601
Untuk butiran lanjut, layari https://shopee.sg/fashion-fair.
Aiskrim percuma di Uniqlo Orchard Central

Gergasi runcit Jepun itu akan memberikan aiskrim percuma dari pembuat aiskrim artisinal, Apiary, apabila anda mengunjungi kedai utamanya di Orchard Central pada hujung minggu ini.
Namun dengan syarat, anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya satu kemeja-T lengan pendek U Crew Neck dalams satu resit dari 13 hingga 15 Mei, antara pukul 2.00 petang hingga 8.00 malam.
Terdapat lima perisa untuk anda pilih dan semuanya diilhamkan daripada koleksi musim panas Uniqlo.
Terhad kepada satu tebusan aiskrim bagi setiap pelanggan.
Bila: 13-15 Mei, 2.00 hingga 8.00 malam
Di mana: Uniqlo Orchard Central, 181 Orchard Rd, #01-01 to 04/23-25
Wings Of Time

Pertunjukan mempesonakan di tepi pantai pada sebelah malam dengan piroteknik yang menakjubkan akan kembali untuk tatapan mata orang ramai pada 18 Mei ini di Sentosa setelah ia ditangguhkan selama dua tahun dek COVID-19.
Untuk butiran lanjut, layari lelaman ini.
Cats of The World Purrzar

Bagi pencinta kucing, anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk memborong sesuatu yang comel buat haiwan peliharaan kesayangan anda.
Anda bukan sahaja berbelanja tetapi menyumbang kepada tujuan murni.
Bazar kecil 'Cat of The World Purrzar' di ruang masyarakat Crane @ Robertson bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Kucing.
Anda boleh menjangkakan untuk mendapatkan barangan menarik dari barang kemas ke makanan haiwan peliharaan hinggalah seramik dan karya seni.
Terdapat juga bengkel untuk anda menyerlahkan sisi kreatif dan mempelajari kemahiran baru dengan membuat kraf bertemakan kucing.
Pengambilan kucing peliharaan juga bakal disediakan di acara itu.
Bila: 28-29 Mei, 11.00 pagi hingga 7.00 malam
Di mana: Crane @ Robertson, #01-06/07 The Herencia, 46 Kim Yam Road
Pameran Reka Bentuk Kemampanan

Kesedaran eko menjadi tumpuan sebuah pameran sementara yang mempamerkan karya 12 lulusan dari Sekolah Reka Bentuk Politeknik Temasek.
Selain pameran, terdapat juga bengkel yang menekankan bagaimana kemampanan menjejas kehidupan seharian - dari menjalani pemulihan tatkala pandemik ke masalah lebih genting berhubung sisa makanan.
Bila: 6 Mei - 30 Jun, 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari biasa, 11.00 pagi - 5.00 petang pada hujung minggu dan cuti umum
Di mana: Temasek Shophouse, 28 Orchard Road
Masuk adalah percuma. Untuk butiran lanjut, sila layari
http://www.temasekshophouse.org.sg/.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.