Skip to main content

Gaya Hidup

Acara Me-You Market kembali dengan edisi terbesar, lebih 100 jenama dalam dan luar negara ditampilkan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jan 2026 02:14AM Dikemas Kini : 14 Feb 2026 04:20PM

SINGAPURA: Empat tahun lalu, Cik Nur Atiqah Hamzah, 35 tahun, adakan acara Me-You Market yang pertama di sebuah bilik darjah kecil dengan hanya enam usahawan.

 

Kini pada edisi ke-18, Me-You Market Eid Core 2026 diadakan di ruang yang jauh lebih besar di Pusat Konvensyen Suntec City, menampilkan 104 jenama.

 

"Kami bermula di sebuah bilik darjah kecil dengan hanya enam jenama, dan kini berkembang kepada 104 gerai dan edisi Eid Core tahun ini merupakan acara terbesar yang pernah kami anjurkan," kongsi pengasas Me-You Market Nur Atiqah kepada wartawan BERITA Mediacorp.

 

ME-YOU MARKET SATUKAN USAHAWAN KREATIF DALAM DAN LUAR NEGARA DI BAWAH SATU BUMBUNG

  

 
Related article image
Acara Me-You Market Eid Core 2026 edisi yang terbesar setakat ini. (Gambar: BERITA Mediacorp/Fatyn Afiqah)

Daripada pakaian bermacam corak, aksesori hingga ke produk kraf seni tangan, Me-You Market menjemput pelbagai usahawan kreatif tempatan, dan dari serantau untuk menampilkan perniagaan mereka.

 

"Kita selalu berharap untuk menggabungkan jenama tempatan dan luar negara untuk berniaga bersama. Me-You Market adalah juga platform membina jaringan dan bukan sekadar tempat peniaga menjual produk mereka, " kata Cik Nur Atiqah.

Bagi jenama-jenama yang sudah ikut serta acara ini buat beberapa kali seperti Soko Pencil, acara ini lebih dari sekadar sebuah tempat berniaga.

Related article image
Gerai hasil karya Soko Pencil. (Gambar: BERITA Mediacorp/Syafeera Sofian)

"Me-You Market merupakan sebuah komuniti yang menghimpunkan pelbagai peringkat usia untuk bersama-sama meraikan kreativiti dan karya seni masing-masing. Pengunjung yang hadir dapat melihat pelbagai jenis produk, termasuk hasil karya saya sendiri. Saya melukis rekaan tersebut dan mengubahnya menjadi produk, dan ramai lagi peniaga lain turut menampilkan hasil ciptaan mereka sendiri." kata pengasas Soko Pencil, Cik Nurul Ain, 32 tahun, yang sudah tampilkan jenamanya pada acara ini buat kali ke-5.

 

Sentimen ini sama juga bagi pengasas jenama karya Indonesia, Smitten By Patterns.

Related article image
Cik Laras, pengasas Smitten by Pattern yang berasal dari Indonesia. (Gambar: BERITA Mediacorp/ Syafeera Sofian)

Kata Cik Laras, 32 tahun, " Sebelum ini kami hanya memasarkan produk secara dalam talian di Singapura. Apabila berpeluang bertemu pelanggan secara bersemuka, ia terasa seperti berniaga di kampung halaman sendiri. Kepakaran kami terletak pada rekaan, jadi kami menampilkan corak dan warna yang berani serta unik, yang jarang ditemui di sini."

 

SAIRABYAISA ANTARA 12 JENAMA PERTAMA KALI IKUT SERTA

 

Dalam kalangan jenama yang ditampilkan, 12 merupakan jenama dan peniaga kali pertama yang ikut serta dalam acara tersebut.


 
Related article image
Gerai Sairabyaisa. (Gambar: BERITA Mediacorp/ Syafeera Sofian)

Ini termasuk Aryssa Iskandar, 20 tahun, yang jika sebelum ini sering mengunjungi Me-You Market sebagai seorang pengunjung, kali ini beliau memilih untuk tampilkan jenamanya pula.

 

Sairabyaisa merupakan jenama hasil rekaan tudungnya, yang turut menampilkan koleksi pakaian buat kali pertama.

 

" Saya telah menjadi seorang 'pelanggan' sejak Me-You Market diadakan jadi ia selama ini sebuah impian bagi saya. Saya ada rasa takut juga, namun saya sangat teruja. Saya rasa dengan membuat penampilan di sini, ia akan tolong dalam memberi pendedahan kepada jenama saya kerana ia acara yang amat besar, " kata Aryssa.

 

Berlangsung selama tiga hari dari 30 Januari hingga 1 Februari, Me-You Market Eid Core menjadi satu ruang yang meraikan budaya, seni dan semangat kebersamaan.


 
Sumber : BERITA Mediacorp/SF/sf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita