Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Acara larian Reben Kuning kembali dengan edisi maya

Acara larian Reben Kuning (YR) kembali dengan edisi maya selepas tidak dianjurkan pada 2020 angkara pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Acara larian Reben Kuning kembali dengan edisi maya

Speaker Tan Chuan-Jin memakai baju acara lairan Reben Kuning tahun ini. (Gambar: Yellow Ribbon Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 10 Sep 2021 09:06PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 09:10PM

SINGAPURA: Acara larian Reben Kuning (YR) kembali dengan edisi maya selepas tidak dianjurkan pada 2020 angkara pandemik COVID-19.

"Larian secara maya menunjukkan daya bingkas dan keinginan masyarakat untuk menjangkaui batasan fizikal demi menyokong tujuan Reben Kuning," menurut para penganjur dalam satu kenyataan media pada Jumaat (10 Sep).

Acara tahun ini berlangsung hingga 30 Sep.

"Reben kuning adalah melambangkan harapan, penerimaan, kemaafaan dan peluang kedua," tambah pihak penganjur lagi.

Terdapat dua kategori untuk disertai - YR Inspire dan YR Challenge.

Bagi YR Inspire, para peserta harus menamatkan sekurang-kurangnya satu kegiatan berjalan, berlari atau mengembara secara maya dengan tiada jarak ditetapkan, tetapi melakukannya dalam bentuk reben kuning sewaktu tempoh acara. Mereka boleh menyerahkan seberapa banyak kegiatan yang mereka mahu.

Bagi YR Challenge pula, tujuannya adalah bagi peserta mencatat jarak 60 kilometer secara keseluruhannya sepanjang tempoh acara. Ia boleh dilakukan dengan berjalan kaki, berlari atau mengembara sepanjang 60 kilometer dalam bentuk reben kuning gergasi atau boleh dibahagikan kepada lima kegiatan berasingan dengan setiap satu menghasilkan bentuk reben.

"Tahun ini, kategori baru 60km diperkenalkan untuk melambangkan perjalanan mencabar yang dilalui ramai bekas pesalah dalam membentuk semula kehidupan mereka dan menyertai masyarakat semula," menurut pihak penganjur.

Bagi setiap laluan reben kuning yang berjaya diselesaikan, pertubuhan-pertubuhan yang mengambil bahagian akan menghulurkan derma S$10 kepada Dana Reben Kuning, sehingga maksimum S$50 bagi setiap peserta.

Kegiatan-kegiatan tersebut boleh dilakukan di mana-mana saja dan mengikut kemampuan masing-masing.
Ia boleh diserahkan menerusi aplikasi Strava atau secara manual memuat naik petikan skrin di laman acara larian maya Reben Kuning.

Semua peserta akan menerima pek larian yang mengandungi pingat yang dikait oleh para banduan.

"Setiap pingat buatan tangan melambangkan peluang kedua yang didamba setiap bekas banduan," tambah penganjur.

Sebanyak 40 banduan belajar mengait sejak tahun lalu untuk menghasilkan 10,000 pingat bagi acara tersebut.

Para peserta boleh membuat pendaftaran bagi acara Larian Maya Reben Kuning mulai sekarang hingga 24 September. Pendaftaran berharga S$15.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan