Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Acara lampu Krismas di Changi Festive Village tampil dinosaur, trak makanan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Laluan Penghubung Lapangan Terbang Changi kini bermandikan cahaya dengan Dino Glow, iaitu lampu perayaan yang diilhamkan dari filem Avatar.

Acara penyalaan lampu Krismas itu dilancarkan pada Selasa (6 Dis) oleh Menteri Pengangkutan S Iswaran, dengan disertai kumpulan Lapangan Terbang Changi, juga dikenali sebagai ONE Changi, yang meraikan pemulihan kukuh hab penerbangan Singapura tahun ini.

Sehingga 31 Januari depan, pengunjung boleh menikmati hiasan lampu terpanjang di Jurassic Mile di laluan Penghubung Lapangan Terbang Changi.

Lampu tersebut dihidupkan setiap hari dari pukul 7.00 malam hingga 1.00 pagi dan boleh diakses dari T2 South Link (berdekatan tempat letak kereta 2A di luar Terminal 2) atau melalui Terminal 4.

Dino Glow akan membawa pengunjung dalam perjalanan ajaib ke dunia yang diilhamkan filem Avatar dengan 1,100 obor-obor terapung di bawah landasan skytrain T2.

Sepanjang laluan penghubung taman pula terdapat 3,600 arca cendawan dan 4,000 bunga dandelion, yang membawa pengunjung meneroka terowong sepanjang 40 meter yang dihiasi lampu.

Pengunjung juga menyertai cabaran teka-teki Changi Jurassic Adventure sepanjang 3.5 kilometer pada pukul 5.00 petang, 10 Disember. Bermula di South Link T2 (berhampiran tempat letak kereta T2), peserta perlu mencari lebih dari 30 'checkpoint' sepanjang Penghubung Lapangan Terbang Changi.

Aplikasi cabaran itu dapat mengesan lokasi peserta dan memulakan aktiviti seperti soalan trivia atau permainan realiti tambahan (AR) serta peluang bergambar bersama dinosaur. Pendaftaran untuk menyertai aktiviti tersebut sudah dibuka dan akan ditutup pada pukul 12.00 tengah hari pada hari aktiviti berlangsung.

Antara kegiatan Changi Jurassic Adventure yang lain termasuk Larian Maya dan Cabaran Berbasikal yang boleh diselesaikan pada bila-bila masa antara 12 Disember dengan 31 Januari.

Setiap peserta Changi Jurassic Adventure berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, termasuk tiket penerbangan ke destinasi seperti Seoul, Finland, Noumea dan San Francisco.

Pesta perayaan pastinya tidak lengkap tanpa makanan dan minuman. Penhunjung berpeluang menikmati hidangan lazat dari Old Chang Kee, Crowne Plaza Travel Van, The Halal Food Truck, The Goodburger, The Coffee Bandits, The Travelling Cow dan Ice Cream Uncle.

Trak makanan itu ditempatkan berdekatan tempat letak kereta 2A di Terminal 2 South Link. Ia mula beroperasi dari pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, 6 Disember hingga 1 Januari.
Sumber : CNA/AE/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan