Skip to main content

Gaya Hidup

Abadikan SG60: Cenderamata unik & eksklusif yang boleh anda miliki

Ulang tahun ke-60 Singapura akan menjelang tidak lama lagi, dan pelbagai acara serta promosi SG60 sedang berlangsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Abadikan SG60: Cenderamata unik & eksklusif yang boleh anda miliki

Jam tangan edisi terhad, pakaian, barangan nostalgia dan kotak misteri merupakan antara cenderamata istimewa yang boleh didapatkan sempena sambutan SG60. (Gambar: CNA/Jasper Loh)

SINGAPURA: Ulang tahun ke-60 Singapura akan menjelang tidak lama lagi, dan pelbagai acara serta promosi SG60 sedang berlangsung. Apa kata anda abadikan detik istimewa ini dengan sesuatu yang lebih nyata — seperti barangan edisi terhad?

Daripada koleksi fesyen ke cenderamata bernostalgia, ini bukan sekadar cenderamata biasa - barangan berikut bukan sahaja lain daripada lain, ia juga menyeronokkan, bermakna dan jelas beridentitikan Singapura.
Pakaian jalanan dan aksesori bertemakan Sesame Street. (Gambar: Resorts World Sentosa)
1. PROJECT +65: SESAME STREET X ANDRE TAN

Project +65 di Universal Studios Singapore merupakan sebuah platform rekaan baharu yang menampilkan kreativiti tempatan menerusi penggayaan semula ikon budaya pop global dengan sentuhan tempatan.

Edisi pertama menampilkan artis pop tempatan Andre Tan yang menggayakan semula watak-watak kegemaran zaman kanak-kanak dari Sesame Street dalam bentuk pakaian jalanan dan aksesori. Ini termasuk jaket jenis coach (S$135) dan kemeja butang kasual (S$90), serta gantungan, beg tote dan beg sandang.
Jam ini dilengkapi pelbagai fungsi termasuk masa, tarikh, suhu, penggera, jam randik, pemasa dan dua zon masa. (Gambar: Red Army Watches)
2. JAM TANGAN SG60 OLEH RED ARMY WATCHES

Kedai jam ini menyambut ulang tahun ke-60 Singapura dengan jam tangan edisi terhad yang memberi penghormatan kepada jam digital retro seperti Girard-Perregaux Casquette.

Rekaannya menyerlah dengan gaya neo-vintaj dan dilengkapi bekas aluminium berwarna merah. Dengan paparan LED digital, jam ini juga dilengkapi pelbagai fungsi termasuk masa, tarikh, suhu, penggera, jam randik, pemasa dan dua zon masa. Gerakan pergelangan tangan turut mendedahkan satu kejutan istimewa: Perkataan “Majulah Singapura” muncul pada skrin jam tangan tersebut.

Jam tersebut dijual pada harga S$298, dengan tawaran awal pada harga S$288 sehingga 31 Julai. Penghantaran bermula pada Hari Kebangsaan, 9 Ogos.
Koleksi "plushie" Kopi & Toast menampilkan lapan variasi makanan yang diinspirasikan sarapan tempatan. (Gambar: Brand Cellar)
3. PATUNG "PLUSHIE" KOPI PLAY NATION

Jenama gaya hidup Play Nation mengadakan sebuah acara berkonsep "pop-up" di Marina Square hingga 18 Ogos, menampilkan suasana kedai kopi lama, lengkap dengan jubin mozek dan meja segi empat klasik yang digunakan di kopitiam.

Koleksi "plushie" Kopi & Toast menampilkan lapan variasi makanan yang diinspirasikan sarapan tempatan. Ini termasuk cerek kopi (S$16.90), cawan kopi (S$19.90) dan roti bakar kaya (S$15.90). Patung-patung tersebut juga boleh didapati dalam bentuk set, dengan harga permulaan S$45.

Terdapat juga barangan lain seperti beg tote teh bing (S$24.90) dan kad permainan This Is Home (S$15.90).

Untuk mendapatkan koleksi tersebut, kunjungi Marina Foyer, Aras dua dari sekarang hingga 18 Ogos, dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.
Adidas Singapore dan Milo melancarkan koleksi Fuelling Goodness yang merangkumi kemeja-T, pin dan barangan yang boleh dikumpulkan sempena sambutan SG60. (Gambar: Milo Singapore)
4. KOLEKSI KEMEJA-T MILO X ADIDAS DAN LAIN-LAIN

Sebagai sambutan ulang tahun ke-60 Singapura dan ulang tahun ke-75 Milo, Adidas Singapore dan Milo melancarkan koleksi Fuelling Goodness yang merangkumi kemeja-T, pin dan barangan yang boleh dikumpulkan.

Penebusan boleh dibuat selagi stok masih ada.

Selain itu, Adidas turut memperkenalkan koleksi kemeja-T yang bertemakan kehidupan harian rakyat Singapura. Kemeja-T tersebut menampilkan perkataan dan frasa Singlish seperti “lepak”.

Koleksi itu turut merangkumi set pin dan hiasan Made For You. Para peminat boleh mengumpulkan versi mini bagi semua barangan klasik Milo — dari cawan Milo panas hingga Milo Dinosaur. Terdapat juga pin berbentuk baju sejuk Adidas dan kasut larian.

Koleksi Fuelling Goodness boleh didapati di kedai Adidas terpilih dan secara online.
Kit penjagaan ini mengandungi sebuah beg sandang, botol air, tuala dan tali senaman. (Gambar: Touch Community Services)
5. KIT JAGAAN “DOING GOOD TOGETHER” OLEH TOUCH

Lapan artis istimewa dari jenama Journey di bawah naungan Touch Community Services bergabung dengan lapan warga emas dari Pusat Penuaan Aktif Yishun 436 untuk menghasilkan seni bagi kit penjagaan edisi terhad yang bertemakan "Doing Good Together".

Kit penjagaan tersebut mengandungi sebuah beg sandang, botol air, tuala dan tali senaman. Kit tersebut bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di samping memberi peluang kepada masyarakat untuk menyumbang kepada usaha yang bermakna.

Hasil jualan diharap dapat mengumpulkan sebanyak S$300,000 bagi menyokong usaha Journey dan keperluan warga emas serta individu berkeperluan khas di bawah program Touch.

Kit tersebut boleh dibeli orang awam dari sekarang hingga 31 Mac 2026 menerusi laman web Journey.
Loket SG60 berwarna merah dan putih. (Gambar: Sumber web)
6. PERHIASAN SG60 OLEH MADLY GEMS

Jika anda menggemari barang kemas, Madly Gems menampilkan loket SG60 berwarna merah dan putih. Menggabungkan batu spinel merah dan opal putih, rekaan khas ini menjadi simbol kemajmukan budaya Singapura.

Namun anda perlu bertindak dengan cepat kerana hanya ada satu unit sahaja yang ditawarkan, dengan harga S$1,990.

Bagi yang berminat, kunjungi butik utama Madly (13 Ann Siang Rd, Singapura 069693) atau dapatkannya secara online.
Para pelanggan boleh menebus kotak gantungan kunci Mini Munch Club (bernilai S$6.90) dengan perbelanjaan minimum sebanyak $$11 di kedai-kedai 7-ELEVEN. (Gambar: 7-Eleven)
7. KOLEKSI MINI MUNCH CLUB 7-ELEVEN

Koleksi edisi terhad Mini Munch Club direka dengan kerjasama jenama tempatan Sadshrimps dan memaparkan ilustrasi penuh nostalgia oleh artis tempatan Natasha Elle. Koleksi tersebut membawakan makanan kegemaran dari 7-Eleven dalam bentuk lima gantungan kunci dan sebuah beg tote.

Dari sekarang hingga 12 Ogos, para pelanggan boleh menebus kotak gantungan kunci Mini Munch Club (bernilai S$6.90) dengan perbelanjaan minimum sebanyak $$11 di kedai-kedai 7-ELEVEN.

Dari 13 hingga 26 Ogos, dengan perbelanjaan minimum S$18, para peminat juga boleh mendapatkan beg tote edisi terhad (bernilai S$12.90). Stok adalah terhad.
8. SG60: ICONS OF HOME

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) baru-baru ini memperkenalkan satu koleksi pin yang direka oleh artis tempatan Dale Lam, Hafi Jainal dan Natasha Hassan. Pin-pin edisi terhad itu dikeluarkan setiap bulan mulai Julai ini di acara SG60 terpilih hingga Disember 2025.
Pin tersebut diberikan secara percuma selagi stok masih ada. Mereka yang berjaya mengumpulkan kesemua enam pin boleh menggabungkan pin-pin tersebut untuk membentuk peta Singapura. Rekaan pin-pin tersebut mengetengahkan unsur makanan, sukan dan budaya harian tempatan.
Patung Mr Merlion bersaiz lapan inci yang dijual pada harga S$39. (Gambar: Mandai Singapore)
9. PATUNG MR MERLION OLEH MANDAI WILDLIFE RESERVE

Mandai Wildlife Reserve tidak ketinggalan dalam menyambut SG60. Para pengunjung boleh membawa pulang patung Mr Merlion istimewa, yang lengkap dengan topi safari.

Dari sekarang hingga 30 September, patung bersaiz lapan inci itu dijual pada harga S$39, manakala gantungan kunci Mr Merlion boleh didapati pada harga promosi S$10 (harga biasa S$19) dengan perbelanjaan minimum S$60 dalam satu resit di kedai utama Mandai.

Setiap pembelian menyokong usaha yang lebih besar — sebahagian daripada hasil yang dikumpul akan disalurkan kepada perlindungan habitat hidupan liar di Singapura dan Asia Tenggara.

Barangan eksklusif tersebut juga boleh dibeli secara online menerusi laman rasmi Mandai Wildlife Reserve.
Pakaian berwarna merah yang diinspirasikan oleh Red Lions. (Gambar: The Elly Store)
10. KOLEKSI DEAR SINGAPORE OLEH THE ELLY STORE

Jika anda sedang mencari pakaian bertema SG60 yang ceria dan bermakna, jenama pakaian keluarga tempatan The Elly Store kini menampilkan koleksi Dear Singapore. Koleksi tersebut merupakan penghormatan kepada ikon, tempat dan cerita tempatan.

Koleksi itu direka dengan cetakan tangan yang menggambarkan suasana yang penuh nostalgia tetapi moden. Antara tarikan koleksi tersebut termasuk sehelai kemeja-T yang boleh diubah suai dengan pelekat sulaman dan lencana bertemakan kopi, ketam cili, roti kaya dan Merlion.
Pakaian Mickey Mouse bertemakan Singapura. (Gambar: The Elly Store)
Terdapat juga pakaian Mickey Mouse bertemakan Singapura (dengan harga permulaan S$52.90) serta pakaian keluarga sedondon berwarna merah yang diinspirasikan oleh Red Lions dari Perbarisan Hari Kebangsaan.
Patung Merlion 3D yang dicetak sepenuhnya menggunakan botol plastik PET yang dikitar semula. (Gambar: Uniplay)
11. KOTAK FORTUNE MERLION

Uniplay, jenama mainan seni tempatan di bawah syarikat inovasi mampan Unigons, melancarkan Fortune Merlion — patung Merlion 3D pertama negara yang dicetak sepenuhnya menggunakan botol plastik PET yang dikitar semula. Diiktiraf oleh Singapore Book of Records, ia merupakan Merlion cetakan 3D yang pertama seumpamanya.

Terdapat juga siri kotak misteri edisi SG60, terhad kepada 60 unit sahaja, dengan 10 warna unik. Setiap Merlion disertakan dengan gelembung air bermagnet di mulutnya, melambangkan aliran rezeki, serta magnet-magnet yang bertemakan unsur-unsur seperti kekayaan, umur yang panjang dan rasa cinta.

Kumpulan pertama kotak misteri tersebut sudah habis dijual secara online. 15 unit terakhir hanya boleh didapatkan di kedai ActionCity.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita