Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

9 tabiat kesihatan mata yang ramai keliru

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Jika anda pernah dimarahi kerana membaca dalam gelap atau pernah memakai cermin mata penapis cahaya biru ketika menggunakan komputer, anda mungkin mempunyai tanggapan yang salah tentang kesihatan mata.

Hampir empat dalam 10 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) berisiko tinggi mengalami kehilangan penglihatan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Namun, banyak penyakit mata boleh dirawat dan dicegah kata Dr Joshua Ehrlich, seorang penolong profesor oftalmologi dan sains penglihatan di Universiti Michigan.

Berikut adalah sembilan kepercayaan orang ramai terhadap kesihatan mata, dan nasihat oleh para pakar.
 
(Gambar: iStock/Thanumporn Thongkongkaew)
BENAR: BACA BUKU ATAU MELIHAT ALAT ELEKTRONIK PADA JARAK DEKAT TIDAK BAGUS

Mata kita bukan untuk fokus kepada objek yang dekat dengan muka untuk tempoh yang lama, kata Dr Xiaoying Zhu, seorang profesor madya klinikal dan ketua penyelidik miopia di Kolej Optometri SUNY di New York City.

Apabila kita berbuat demikian, terutama sekali pada usia kecil, ia akan memanjangkan bebola mata dan boleh menyebabkan rabun dekat atau miopia.

BENAR: LUANGKAN LEBIH BANYAK MASA DI LUAR BANTU PENGLIHATAN

Beberapa kajian (yang ditujukan kepada kanak-kanak) mencadangkan bahawa masa yang diluangkan di luar mengurangkan risiko menghidap miopia, kata Maria Liu, seorang profesor madya optometri klinikal di Universiti California, Berkeley.

BENAR: SINARAN ULTRAUNGU BERLEBIHAN BOLEH CEDERAKAN PENGLIHATAN

Terdapat sebab mengapa para pakar melarang kita melihat matahari secara langsung. Pendedahan kepada terlalu banyak sinaran ultraungu (UV) A dan B dari matahari boleh "menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan" kepada retina, akta Dr Ehrlich. Ia juga meningkatkan risiko menghidap katarak, tambahnya.

Pendedahan kepada terlalu banyak sinaran ultraungu (UV) boleh meningkatkan risiko menghidap barah, kata Dr Ehrlich, namun risikonya rendah.

Memakai cermin mata, cermin mata hitam atau kanta mata yang menghalang sinaran UV boleh menawarkan perlindungan.
(Gambar: Pexel)
SALAH: BEREHAT DARI MEMAKAI CERMIN MATA DAPAT CEGAH PENGLIHATAN TAMBAH BURUK

Segelintir pesakit yang memerlukan cermin mata memberitahu Safal Khanal, seorang penolong profesor optometri dan sains penglihatan di Universiti Alabama di Birmingham, bahawa mereka tidak memakai cermin mata kerana mengangap ia akan memburukkan lagi keadaan mereka. "Ia tidak benar," katanya. Jika anda perlukan cermin mata, pastikan anda memakainya.

SALAH: SEDIKIT CAHAYA BIRU DARI SKRIN MEROSAKKAN MATA ANDA

Walaupun beberapa kajian menemui bahawa pendedahan kepada cahaya biru boleh merosakkan retina dan kemungkinan menyebabkan masalah pada masa depan, tiada bukti kukuh yang disahkan terhadap pendedahan biasa dalam kalangan manusia, kata Dr Ehrlich. Tiada bukti bahawa memakai cermin mata penapis cahaya biru akan memperbaiki kesihatan mata, tambahnya.


BENAR: MEROKOK MEROSAKKAN KESIHATAN MATA

Satu kajian oleh CDC pada 2011 mengaitkan merokok dengan penyakit mata yang berkait umur dalam kalangan orang dewasa lebih tua.

Ini termasuk katarak dan kemerosotan makula berkaitan dengan usia, yang merupakan penyakit di mana sebahagian retina rosak dan mengaburkan penglihatan anda.

Kimia toksik akan memasuki aliran darah anda dan merosakkan tisu di dalam mata termasuk retina, kanta dan makula, kata Dr Khanal.
(Gambar: Pexel)
BENAR: LOBAK BAGUS UNTUK MATA

Walaupun diet yang hanya merangkumi lobak tidak memberikan anda penglihatan sempurna, terdapat beberapa bukti yang mencadangkan bahawa khasiat di dalamnya bagus untuk kesihatan mata.


SALAH: PENGLIHATAN SEMAKIN TERUK TIDAK BOLEH DIELAKKAN DISEBABKAN USIA

Kebanyakan punca penglihatan menjadi teruk yang berlaku ketika dewasa, termasuk kemerosotan makula berkaitan umur, katarak dan glaukoma, boleh dihalang atau dirawat jika anda mengesannya lebih awal, kata Dr Ehrlich.

Jika penglihatan anda semakin teruk, jangan anggapnya sebagai "faktor usia".

Jumpa pakar optometris atau oftalmologi dengan segera (atau dengan kerap, setiap tahun). Ia akan memberikan anda peluang terbaik untuk mengelakkan penyakit tersebut, tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan