9 punca perut sering lapar

Gambar hiasan: Pexels
Selain gaya hidup, kajian mendapati terdapat faktor lain yang sering dikaitkan dengan sebab mengapa seseorang lebih cenderung makan berulang kali atau kerap menikmati cemilan yang berlebihan setiap hari.
Dari sudut sains, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada punca mengapa seseorang cenderung untuk makan secara berlebihan walaupun setelah mereka menikmati pelbagai sajian seperti nasi, lauk pauk dan sebagainya.
Antaranya, mereka yang kurang gula selalunya akan mudah rasa lapar, sementara yang terlebih gula pula dalam tubuh akan lebih cenderung untuk cemil atau menikmati pelbagai snek dan makanan.
Lantas, penting untuk menangani rasa lapar dengan mengamalkan cara pemakanan yang lebih berkhasiat. Ini dapat membantu paras gula berada pada tahap biasa. Sekalipun demikian, terdapat pelbagai lagi sebab mengapa perut selalu ada ruang untuk makan atau cepat lapar.
9 PUNCA PERUT SERING LAPAR
Tidak terhad pada kekurangan atau kelebihan gula sahaja dalam tubuh, terdapat pelbagai sebab lain yang boleh menyumbang pada masalah perut untuk kerap rasa lapar.
Dari sudut sains masalah ini juga temasuk golongan yang ‘kuat makan’ dan masalah-masalah lain seperti berikut:
1. Kencing manis
Penting untuk memastikan kadar gula dalam darah berada dalam tahap yang optimum. Sebab apa jika ia terlalu rendah, ia boleh menyebabkan kadar gula rendah. Sementara jika kadar gulanya terlalu tinggi pula, ia boleh menjadi penyebab kencing manis yang juga dikenali sebahagian kencing manis.

2. Haid
Apabila wanita melalui haid bulanan, tubuh akan mudah rasa letih dan tekak pula kerap haus. Pada masa yang sama, tubuh memerlukan banyak tenaga untuk memastikan kitaran haid berjalan lancar.
Dengan perubahan hormon pada tubuh, ia akan membuat wanita lebih berselera untuk menikmati pelbagai sajian yang ada kalanya tidak sihat. Oleh itu, cubalah untuk memilih diet yang lebih sihat.

3. Ubat
Selera makan juga boleh meningkat jika anda perlu mengambil pelbagai ubatan seharian. Antaranya ubat seperti antikemurungan, steroid untuk alahan dan penyakit lupus contohnya. Tapi, jika kesan sampingannya merisaukan anda, usah berhenti makan ubat. Sebaliknya dapatkan nasihat doktor bagi saranan alternatif.
4. Gula rendah
Digelar hipoglisemia, ia merupakan keadaan apabila paras gula dalam tubuh berada di tahap yang rendah. Ini dikatakan berpunca dari tabiat kurang sihat seperti lalai apabila tiba waktu makan dan suka makan tidak mengikut waktu tetap.
Tidak kira apa juga sebabnya, apabila kadar gula anda rendah, perut akan mudah rasa lapar. Secara tidak langsung ia juga merupakan cara otak kita memberi isyarat untuk makan dan mengimbangi kadar gula. Jika berlaku sedemikan, sebaik-baiknya anda berjumpa dengan pakar kesihatan untuk dapatkan nasihat dan sekaligus cuba amalkan cara pemakanan yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah ini.
5. Kurang air
Air penting untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh. Perut yang terasa lapar boleh disebabkan oleh tubuh yang kekurangan air. Kajian mendapati ramai yang sering mempunyai salah tanggapan dan sukar untuk membezakan antara tanda lapar dan haus.

6. Kurang tidur
Tidur merupakan sesuatu yang penting untuk semua agar tubuh akan rasa lebih rehat dan tenang. Sekaligus ia juga dapat memastikan proses dalam tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak dapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya antara tujuh hingga lapan jam, anda akan mudah rasa lapar.

Ramai antara kita yang kurang prihatin atau tidak sedar langsung bahawa tekanan yang berpunca daripada tempat kerja atau di rumah boleh membuatkan diri kita lebih cenderung untuk makan makanan yang kurang sihat.

Selalunya ia boleh terjadi apabila anda sedang melalui tekanan di mana hormon kortisol atau hormon stres anda berada pada paras yang tinggi tanpa disedari.
Ini akan menyebabkan anda ingin makan dalam jumlah yang berlebihan. Secara tidak langsung, hormon ini juga akan memberi isyarat kepada otak bahawa perut belum kenyang walaupun pada ketika itu anda tidak lapar.
8. Obesiti
Lazimnya tubuh seseorang akan mudah mengembang dan menjadi gemuk berlebihan jika mereka kerap makan secara berlebihan atau makan lebih daripada kadar yang diperlukan. Kajian mendapati jika kandungan lemak terlalu banyak dalam tubuh, ia akan membuat tahap insulin anda menjadi lebih tinggi dan menjadi punca mengapa tekak rasa berselera dan akan makan secara berlebihan.
Selain itu, sel lemak pada tubuh juga akan membuat tubuh sensitif pada hormon yang memberi isyarat perut rasa kenyang.
Pada masa yang sama, pemakanan mereka yang berada dalam kategori ini juga didapati kurang sihat jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai kadar BMI yang seimbang kerana lemak mempunyai hormon yang boleh membuat individu menjadi cepat lapar dan ia akan mempengaruhi jumlah pemakanan mereka.
9. Hipertiroidisme
Ini merupakan situasi di mana seseorang akan mula makan secara berlebihan tetapi berat badan tetap menurun. Bagi sesetangah individu ia merupakan sesuatu yang baik tetapi apa yang tidak disedari ramai, ia mungkin merupakan isyarat penyakit yang hadir dalam badan yang digelar hipertiroidisme.
Menurut pakar kesihatan, penyakit ini selalunya akan membuat nafsu makan seseorang berganda kerana kelenjar tiroid berfungsi lebih aktif. Ini akan membuat sistem badan seseorang berfungsi lebih pantas. Tubuh kemudian akan menjadi kerap lapar disebabkan kadar metabolisme yang tinggi.
Pada masa yang sama, tiroid juga akan memberi kesan rasa kenyang dan selalunya membuat seseorang rasa sukar puas semasa menikmati juadah. Jika berlakunya sedemikian, anda perlu dapatkan nasihat pakar untuk pemeriksaan selanjutnya.
Akhir kata, jika kita sudah lali dan faham bagaimana tubuh memberi respon kepada paras hormon dan kadar gula yang tidak menentu, kita pasti akan bertindak lebih bijak untuk menangani selera untuk makan dengan lebih sihat.
Pada masa yang sama, kita juga perlu mengamalkan dan memastikan pengambilan minuman air kosong yang mencukupi setiap hari. Penting untuk tidak mudah terpedaya dengan tanda tubuh yang mengajak kita untuk menikmati pelbagai juadah atau cemilan walaupun perut tidak rasa lapar.
Selain itu pastikan waktu tidur malam yang mencukupi selain mengamalkan gaya hidup seimbang agar kita dapat menikmati kesihatan yang lebih sihat semakin usia meningkat!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.