Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

9 destinasi mesra keluarga di M'sia untuk cuti sekolah ini

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pejam celik pejam celik, kita sudah menghampiri hujung penggal sekolah. Bagi mereka yang masih belum merancang destinasi percutian kali ini, jangan khuatir. 

Dari pantai indah hingga ke bandar yang sibuk, Malaysia menawarkan pelbagai pilihan untuk anda membawa anak-anak anda beriadah sempena cuti sekolah yang bakal menjelang. 

Berikut adalah 9 destinasi mesra keluarga di Malaysia yang diketengahkan oleh Have Halal Will Travel: 

1. LANGKAWI

(Gambar: Jesse Vermeulen/Unsplash)

Terletak di Laut Andaman, Langkawi adalah pulau indah yang menawarkan pelbagai pantai, hutan hujan dan daya tarikan yang menarik. 

Anda boleh menikmati pelbagai sukan di pantai seperti 'parasailing' atau kayak, mengunjungi Taman Hutan Liar Langkawi atau menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang untuk pemandangan yang indah. 

Bagi mereka yang suka membeli-belah pula, terdapat beberapa kedai bebas cukai yang menjual pelbagai produk seperti coklat, daging, makanan laut, barangan dapur dan banyak lagi. 

2. KUALA LUMPUR

Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur bukan sahaja menawarkan beraneka pusat beli-belah dan gerai makanan hebat, ia juga mempunyai pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak. 

Anda boleh memulakan hari anda dengan berjalan-jalan sekitar KLCC di mana anak-anak anda boleh bermain di pancutan air sambil memetik gambar bersama menara ikonik Kuala Lumpur itu. 

Jika mereka masih bertenaga, anda boleh membawa mereka ke Pusat Petrosains yang terletak di dalam  Suria KLCC. 

Sekiranya ingin berehat, terdapat pelbagai kedai makanan yang menawarkan makanan Barat, Melayu dan Cina di dalam pusat beli-belah itu. 

Sambil anak-anak anda makan, anda juga boleh membeli-belah di pusat beli-belah itu yang menawarkan bermacam-macam jenama antarabangsa dan jenama buatan Malaysia seperti dUCk, Naelofar, Mimpikita dan banyak lagi. 

3. PULAU PINANG

(Gambar: Bobo and ChiChi)

Dikenali sebagai pusat makanan Malaysia, Pulau Pinang menonjolkan pelbagai budaya unik. 

Anda boleh mengunjungi George Town untuk mencuba Nasi Kandar khas Pulau Pinang, menikmati pelbagai kafe berdekatan dan bergambar dengan lukisan-lukisan di sekitar bahagian tengah George Town. 

Anda kemudian boleh menuju ke pantai Batu Ferringhi untuk menikmati pemandangan apabila matahari terbenam sebelum menuju ke salah satu hotel atau resort mesra keluarga yang terletak berdekatan. 

4. CAMERON HIGHLANDS 

Ingin menikmati cuaca seolah-olah di Eropah? Kunjungi Cameron Highlands untuk menikmati cuacanya yang sejuk, selain kebun teh, ladang strawberi dan laluan berjalan yang menawarkan pemandangan indah sesuai bagi setiap lapisan usia. 

Jangan lupa melawat Taman Kupu-Kupu, Muzium Time Tunnel dan menikmati teh tradisional Inggeris. 

5. KOTA KINABALU 

Bagi keluarga yang suka melakukan aktiviti pengembaraan, Kota Kinabalu di Sabah adalah destinasi baik bagi anda. 

Teroka hutan hujan di Taman Negara Kinabalu atau mengunjungi pulau-pulau di Taman Marine Tunku Abdul Rahman, anda sekeluarga mesti tidak akan jemu! 

Jika anda ingin melihat pemandangan tanpa berpeluh, anda boleh menaiki bot sambil mencari monyet proboscis. 

6. MELAKA

Di Melaka, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO, anda boleh melihat bangunan-bangunan bersejarah yang dipulihara seperti Stadthuys, Kota A Famosa dan Pintu Gerbang Santiago. 

Anda juga boleh mengunjungi Muzium Maritim sebelum menaiki bot di Sungai Melaka selama 45 minit. 

Berdekatan dengan Sungai Melaka, jangan lupa Pasar Malam Jonker Street di mana anda boleh menikmati pelbagai makanan seperti aiskrim kelapa, telur burung puyuh dan banyak lagi. 

7. LEGOLAND MALAYSIA

Terletak berdekatan dengan Koswe, Legoland Malaysia merupakan pilihan baik bagi mereka yang ingin meluangkan masa sehari di Johor Bahru. 

Di Legoland Malaysia, anda seisi keluarga tidak akan jemu menikmati pelbagai tarikan, pameran Lego yang interaktif dan juga taman tema air. 

Bagi mereka yang ingin bermalam di Johor Bahru, jangan khuatir kerana Legoland Hotel terletak berdekatan dan menawarkan pelbagai bilik dengan tema berbeza untuk memberi anda pengalaman yang tidak boleh dilupakan. 

8. GENTING HIGHLANDS

Terletak di kawasan pergunungan, Genting Highlands merupakan destinasi popular bagi keluarga yang ingin berhibur dan berseronok. 

Selain meluangkan masa di taman tema Genting SkyWorlds atau menaiki kereta kabel, jangan lupa mengunjungi cawangan Premium Genting Highlands di mana anda boleh menikmati potongan harga sebanyak 25 hingga 65 peratus bagi jenama seperti Coach, Nike dan Polo Ralph Lauren. 

9. PULAU TIOMAN

Bagi mereka yang ingin meninggalkan kesibukan kehidupan harian, anda boleh mengunjungi Pulau Tioman yang mempunyai pelbagai hutan hujan dan pantai yang indah. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan