Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

8 panduan bawa kucing kesayangan anda pergi berjalan-jalan

Anggaran Waktu Membaca:

MALAYSIA: Biasanya bila bercuti atau bersiar-siar, ramai yang akan pergi sekeluarga atau bersama rakan-rakan. Pernahkah anda terfikir untuk membawa haiwan peliharaan anda sekali?

Apa salahnya pergi bercuti atau berjalan-jalan sambil membawa si comel sekali, tetapi anda harus tahu beberapa tip sebelum membawa kucing bersama menaiki kereta, seperti yang dilaporkan Astro Gempak.

Bagi mereka yang sudah biasa, tahniah! Semoga perjalanan anda bercuti berjalan lancar.

Untuk yang baru pertama kali membawa kucing peliharaan menaiki kenderaan mungkin anda perlu meneliti lapan tip ini:

1. Membiasakan kucing dengan kereta anda

Mulakan dengan membawa kucing anda masuk ke dalam kereta sebelum merancang perjalanan.

Duduk di kerusi belakang bersama-sama dan bawa bersama beberapa snek untuk kucing kemudian rajinlah membelai, menurut laporan Astro Gempak.

Beri peluang untuk kucing anda menghidu dan meneroka seluruh kereta. Jangan lupa mainkan muzik yang menenangkan.

Bawa kucing anda berjalan-jalan di kawasan sekitar dengan perlahan dan cermat supaya kucing anda membiasakan diri dengan pergerakan.

Dari situ, anda boleh melihat bagaimana respons kucing anda apabila berada di dalam kereta.

2. Berbincang dengan veterinar

Jika kucing anda tidak memberikan respons yang baik terhadap pemanduan anda, anda boleh berbincang dengan veterinar mengenai rawatan bagi kegelisahan atau mabuk akibat pergerakan kenderaaan (motion sickness).

Veterinar mungkin ada beberapa pilihan yang dapat membantu menenangkan kucing anda sepanjang perjalanan.

3. Beri makanan dan minuman

Bagi makanan dan minuman sebelum perjalanan bermula.
Berikan makan dan air kepada kucing anda sebelum memulakan perjalanan.

Beri masa kucing membuang najis dan kencing selepas makan dan minum, menurut Astro Gempak.

Jika kucing anda mudah mengalami 'motion sickness', berikan makanan dalam kuantiti yang sedikit.

4. Pastikan kucing sentiasa berada di dalam 'carrier'

Tidak selamat sekiranya anda membiarkan kucing anda bebas bergerak merata di dalam kereta. Kucing anda mungkin duduk di bawah pedal dan menyukarkan pemanduan anda.

Beg gendong khas atau 'carrier' memberikan ruang yang selamat, sunyi untuk kucing dan ini dapat membantu kegelisahan yang mungkin dialami oleh kucing anda.

5. Bersedia untuk segala huru-hara

Sentiasa bersedia dengan tisu, tuala serta lapik khas untuk membersihkan ‘kemalangan’ kencing dan najis yang akan berlaku.

Pastikan juga anda membawa beberapa plastik sampah.

6. Rancang beberapa perhentian

Pin lokasi perhentian sepanjang perjalanan anda supaya anda dapat berhenti untuk memberi makan dan minum kucing anda dan berpeluang untuk menggunakan kotak pasir setiap dua ke tiga jam, menurut Astro Gempak.

7. Bawa mainan

Idea yang bagus untuk membawa beberapa mainan yang baru dan menarik perhatian kucing anda jadi kucing anda dapat bermain sepanjang perjalanan.

Alat permainan ini juga boleh membantu kucing anda jadi leka dan gembira.

8. Buat seperti berada di rumah

Haiwan peliharaan kita juga selalunya merasakan apa yang kita rasa. Kucing kita juga akan merindui rumah semasa dalam perjalanan.

Bawa baju lama yang anda pernah pakai, selimut kegemarannya di dalam 'carrier' supaya ia sentiasa mengingati rumah asal, seperti dinukil Astro Gempak.

Apapun, tahukah anda si comel kesayangan anda juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?

Terdapat beberapa insurans khusus untuk haiwan peliharaan di Singapura, seperti AIA Paw Safe, CIMB My Paw Pal,Happy Tails dan PetCare.

Selepas semua tips ini dipertimbangkan, bolehlah anda memulakan perjalanan bersama-sama haiwan peliharaan kesayangan anda dengan selamat dan selesa.
 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan