Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

8 manfaat besar dari buah kiwi

Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan membuatkan buah kecil berbulu halus ini suatu pilihan yang banyak kegunaannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
8 manfaat besar dari buah kiwi

Buah kiwi. (Gambar: Pixabay/AliceKeyStudio)

Diterbitkan : 18 Dec 2020 06:16PM Dikemas Kini : 18 Dec 2020 06:40PM

INDONESIA: Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan membuatkan buah kecil berbulu halus ini suatu pilihan yang banyak kegunaannya.

Maka, tidak hairanlah jika ia dijadikan snek buah-buahan, jus atau hiasan kuih.

Bahkan, siapa sangka, sainya yang kecil itu padat dengan zat penting seperti potasium, asid amino, kalsium, folat dan vitamin (A, C dan K) yang baik untuk kesihatan tubuh.

Berikut adalah manfaat besar dari buah kiwi untuk kesihatan.

1. BANTU TURUNKAN TEKANAN DARAH

Buah kiwi mengandungi jumlah potasium yang sama dengan sebiji pisang selain kaya dengan beta-karotina dan zat galian yang lain seperti magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut laporan Medical Daily pada 2011 pesakit darah tinggi yang makan buah kiwi setiap hari mampu menurunkan tekanan darah mereka.

2. SUMBER ANTIOKSIDAN

Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting, membolehkan buah kiwi melindungi tubuh dari radikal bebas.

(Gambar: 2012 Merdeka.com)  

Antioksidan pada buah kiwi mampu bertindak sebagai anti-keradangan, mencegah barah dan hepatitis.

3. TINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH

Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, zat galian serta anti-oksidan.

Isi buah kiwi adalah sumber Vitamin C yang luar biasa dan sudah terbukti bahawa vitamin C memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kekebalan tubuh.

4. ATASI PENYAKIT SEMPUT

Manfaatkan buah kiwi juga dapat dirasakan oleh pesakit semput, seperti dilaporkan penyelidik di Universiti Nasional Seoul di Korea Selatan.

Menurut kajian mereka, enzim actinidin yang tinggi kandungannya dalam buah kiwi, dapat mengurangkan gejala penyakit semput dengan mengurangkan sel darah putih berlebihan dalam pesakit. Makan buah kiwi dikatakan dapat menyihatkan paru-paru anda.
5. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Jika buah kiwi terbukti boleh bantu menurunkan tekanan darah, ia juga baik untuk kesihatan jantung.

Kandungan buah kiwi membantu mencairkan darah lalu mengurangkan risiko gumpalan darah dan meningkatkan pengaliran darah.
Perkara ini baik untuk arteri dan jantung yang sihat.

6. ATASI INSOMNIA

Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki mutu tidur, kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, serotonin dan antioksidan akan membuat tubuh menjadi lebih tenang.

(Gambar: 2013 Merdeka.com/Shutterstock/Africa Studio)

Anda boleh cuba makan kiwi setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk menghilangkan insomnia yang dipercayai berpunca daripada tekanan.

7. MENYIHATKAN RAMBUT
Buah kiwi juga ternyata dapat menyihatkan rambut kerana kandungan vitamin C dan E mampu membantu dalam kesuburan rambut.

Selain memakannya, anda juga boleh menggunakan buah kiwi sebagai ubat rambut atau 'hair mask'. Beberapa produk perawatan rambut juga sudah mula menggunakan kiwi sebagai bahan di dalam produknya.

8. BAIK UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Buah kiwi juga boleh dijadikan sebagai makanan alternatif bagi anda yang cuba menurunkan berat badan.

Dua biji buah kiwi sehari, cukup untuk memenuhi keperluan serat sebanyak 4.2 gram dan membawa kepada sistem penghadaman yang sihat. 

Sumber : Agensi berita/NJ/nj

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa