Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

7 tips supaya pakaian cepat kering semasa musim hujan

Menjemur pakaian semasa musim hujan memerlukan masa yang lama untuk kering.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Menjemur pakaian semasa musim hujan memerlukan masa yang lama untuk kering.

Apabila sudah kering, kadang-kadang pakaian itu berbau hapak pula.

Bagi mereka yang mempunyai mesin pengering di rumah, ia mungkin bukan satu masalah bagi anda. Namun bagi mereka yang tidak ada, anda boleh cuba cara-cara ini, menurut laporan Sinar Harian.

1. Gunakan pewangi atau pelembut pakaian ketika cuci pakaian

Dengan menggunakan pewangi atau pelembut pakaian, ia dapat pastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab.

Anda boleh tuangkan lebih sedikit bahan-bahan itu daripada biasa supaya bau wangi itu melekat.

2. Kibas pakaian supaya tidak ronyok dan berlipat

Selepas dikeluarkan daripada mesin basuh, pastikan anda kibas pakaian sehelai demi sehelai.

Ini demi memastikan tiada bahagian yang terlipat kerana ia mungkin akan melambatkan proses pengeringan.

3. Guna penyangkut baju

Satu lagi cara untuk mempercepatkan proses mengeringkan pakaian, anda boleh gunakan penyangkut baju.

Pastikan anda jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.

4. Asingkan pakaian tebal dan nipis

Pakaian yang lebih tebal sudah tentu akan mengambil masa lebih lama untuk kering.

Justeru seeloknya anda asingkan pakaian itu supaya ia mudah untuk diuruskan.

5. Jangan jemur pakaian secara bertindan

Elak daripada menjemur pakaian secara rapat atau bertindan kerana ini akan menghalang aliran udara lalu melambatkan proses pengeringan.

6. Atur pakaian mengikut saiz - yang besar di atas, kecil di bawah

Apabila menggantung jemuran, susun pakaian bersaiz kecil di bahagian bawah dan pakaian lebar di atas supaya setiap pakaian terkena aliran udara.

7. Manfaatkan kipas angin

Jika tiada pilihan menjemur pakaian di kawasan terbuka, anda boleh gunakan kipas angin supaya pakaian cepat kering.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan