Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

7 tip bijak simpan duit raya demi masa depan anak

Anggaran Waktu Membaca:
7 tip bijak simpan duit raya demi masa depan anak

Tradisi memberi 'duit raya' memeriahkan suasana Hari Raya bagi golongan kanak-kanak. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Setiap kali Syawal, anak-anak paling murah rezeki apabila diberikan duit raya oleh saudara-mara serta tuan rumah ketika berkunjung.

Cerita fasal duit raya ini, jangan terkejut kalau ada yang mendapat duit raya sehingga mencecah ribuan ringgit setiap tahun.

Ibu bapa pula diamanahkan supaya menyimpan duit raya mereka terutama bagi anak-anak yang masih kecil.

Selain menabung, seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsi tip bijak untuk menyimpan duit raya anak dengan Gempak yang diterbitkan oleh Astro AWANI.

1) Bukalah akaun simpanan anak. Paling lewat sewaktu anak berumur 6 bulan.

2) Simpan duit anak secara konsisten.

3) Buat 'direct debit' lebih memudahkan urusan.

4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.

5) Selepas 17 tahun, kita perlu membuat persediaan jika anak mahu melanjutkan pengajiannya.

6) Ini tidak termasuk duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.

7) Kalau terguna duit anak, maka mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.

Ingatlah simpanan hari ini akan memudahkan kehidupan anak di kemudian hari.

Sumber : Agensi berita/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan