Skip to main content

Gaya Hidup

7 produk mesra alam yang dapat bantu anda amalkan kehidupan lebih mampan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Paras air laut yang meningkat, ribut yang dahsyat dan kehilangan spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan: Realiti iklim baharu kita menjadikan keperluan bagi kehidupan lebih mampan semakin penting.

Meskipun ia dianggap sukar untuk dilakukan, amalan mudah yang bermula di rumah, seperti menggunakan produk rumah mesra alam, boleh menjadi titik permulaan bagi perubahan lebih berkesan.

Untuk membantu anda memulakan perjalanan menggunakan produk lebih mampan, demikian adalah senarai beberapa produk yang dapat membantu menjadikan rumah anda titik permulaan kehidupan lebih mesra alam.

l
Pencuci Lantai Bio-home, Serai dan Teh Hijua 1.5 Liter (S$6.10, Harga Biasa: S$6.95)

Pencuci Lantai Bio-Home diperbuat sepenuhnya daripada bahan tumbuh-tumbuhan aktif yang bukan toksik. Ia juga bebas daripada kimia berbahaya dan selamat bagi kulit. Produk tersebut adalah pilihan selamat bagi keluarga terutamanya mereka yang mempunyai anak-anak kecil ataupun haiwan peliharaan, serta selamat untuk persekitaran.

Disebabkan formula yang tidak memerlukan air dan mudah kering, ia tidak meninggalkan kesan melekit dan sesuai untuk kebanyakan jenis lantai termasuk jubin, marmar, kayu dan parket.

b

Beg sampah mudah hancur Aievrgad (5 Liter, 120 helai) (S$13.03; Harga Biasa: S$16.89)

Beg sampah sekali guna merupakan kebencian pengguna yang mesra alam sekitar. Ia tidak boleh dimusnahkan, mengeluarkan kimia berbahaya jika dibakar dan terus ditambah di loji pelupusan sampah.

Beg sampah mudah musnah Aievrgad dibuat daripada kanji yang diambil daripada jagung, yang bermakna ia mudah dimusnahkan dalam tanah dan tidak toksik ketika dibuang.

p
Kapas Muka Organik French Terry (5 dalam satu bungkusan) (S$13.90)

Kapas yang boleh digunakan semula daripada syarikat Natural Linens Boutique dibuat daripada kapas French Terry yang diperakui Standard Tekstil Organik Global yang tidak dilunturkan. Ia mudah meresap, di mana kapas tersebut mengalihkan produk penjagaan kulit ke kulit secara berkesan dan boleh digunakan untuk membersihkan solekan atau memakai toner.

t
Sabun Buku Pencuci Pinggan No Tox Life (S$17.90)

Sabun buku pejal tersebut menghasilkan sabun dengan mudah, dan dapat menghilangkan kotoran dan minyak yang sukar dibersihkan. Ia menghasilkan buih yang banyak supaya anda dapat mencuci lebih banyak pinggan dengan jumlah sabun yang sedikit, sambil memastikan sebuku sabun boleh digunakan buat tempoh yang panjang.

e
Krim Pelindung Matahari Mineral Tubuh Semula Jadi Thrive SPF50 (S$40.88)

Produk tersebut mengandungi zink oksida bukan nano serta tiga jenis tumbuhan antioksida dari Costa Rica. Ia menawarkan perlindungan SPF50 terhadap sinaran UVA dan UVB, serta bertahan sehingga 80 minit.

o
Tong Baja Keluli Tahan Karat 1.6 Gelen (S$56.42)

Ia mungkin tidak masuk akal, tetapi anda sebenarnya ingin mengumpul sisa, organik dalam tong kompos tersebut, kerana ia dapat membantu mengurangkan jejak karbon anda.

Sisa organik yang dijadikan baja membantu mengurangkan sisa bio yang akhirnya dibuang di tapak pelupusan dan membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Baja tersebut boleh diletak di tanah dalam pasu bunga atau taman awam untuk menjadikannya lebih subur.

Tong keluli tahan karat 1.6 gelen (6 Liter) itu daripada iTouchless boleh diisi dengan sampah untuk beberapa hari.

i
Bekas lembut untuk haid Saalt (S$59.90)

Bekas haid daripada Saalt direka lembut dan selesa untuk mereka yang mempunyai masalah pundi kencing, senggugut atau rasa tidak selesa dengan bekas haid yang keras.

Diperbuat daripada silikon gred perubatan 100 peratus lembut, ia sesuai untuk setiap wanita.

Meskipun usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim memerlukan tindakan lebih besar, setiap individu masih boleh menyumbang dengan mengubah amalan kebiasaan mereka di rumah.

Daripada produk digunakan di rumah kepada produk peribadi anda, terdapat pelbagai pilihan mesra alam yang dapat membantu mengurangkan jejak karbon anda di rumah.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita