Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

7 petua atasi demam dan batuk gunakan sumber makanan

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mudah jatuh sakit terutama sekali pada musim hujan ini.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, ramai yang mudah jatuh sakit terutama sekali pada musim hujan ini.

Lazimnya jika seseorang itu mengalami demam, batuk dan selesema, pastinya mereka akan mendapatkan rawatan doktor supaya dapat sembuh seperti sedia kala.

Selain makan ubat, anda juga boleh cuba menggunakan sumber makanan seperti bawang putih, bawang merah dan nenas sebagai penawar.

Berikut adalah 7 sumber makanan yang dapat bantu atasi penyakit demam, batuk dan selesema yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi, di Facebook beliau.

1. Minum air bawang putih

Bawang putih mengandungi bahan 'Allicin' yang dapat membantu mengatasi demam, sakit tekak dan selesema.

Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong lalu dibiarkan selama 10 minit supaya enzim dalam bawang dapat bertindak balas dan menghasilkan Allicin.

Selepas itu, tambah air suam sebelum diminum.

Anda juga boleh  tambah madu ke dalam air itu.

2. Halia untuk rawat batuk

Halia merupakan herba popular dalam rawatan batuk. Anda hanya perlu menghancurkan halia lalu direbus.

Setelah itu, anda boleh tambah jus limau dan madu ke dalamnya. Pastikan ia adalah madu asli.

Satu lagi cara adalah dengan kemam halia yang sudah dibuang kulit untuk kurangkan batuk.

3. Makan nenas untuk kurangkan batuk 

Buah nenas mengandungi enzim bromelain.

Enzim ini dapat bantu mencairkan kahak dan mengurangkan batuk.

4. Minuman madu asli

Madu asli sangat membantu dalam menangani masalah sakit tekak dan batuk.

Malah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ia lebih kesan berbanding ubat-ubatan moden yang mengandungi dextromethorphan.

5. Minum yoghurt atau madu kelulut

Seterusnya, anda boleh cuba minum yoghurt yang mengandungi bakteria baik iaitu lactobacillus.

Bakteria ini dapat membantu sistem penghadaman dan juga masalah batuk.

Ia ditemui dalam madu kelulut selain daripada yoghurt.

6. Kumur-kumur dengan air garam

Untuk merawat batuk, anda boleh cuba kumur-kmur air garam. 

Cara penyediaannya mudah sahaja - anda hanya perlu melarutkan sesudu garam ke dalam secawan air suam.

7. Kayu manis

Seterusnya, anda boleh cuba minum air yang direndam kayu manis.

Untuk menyediakannya, anda hanya perlu rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas lalu hirup air tersebut.

Air rendaman ini juga dapat bantu mengatasi masalah kencing manis.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan