7 petua ais tampil wajah segar dan cantik
Siapa yang tidak menginginkan kulit wajah yang bersih dan berseri bukan? Sememangnya ia adalah perkara yang amat dititikberatkan oleh semua, khususnya golongan wanita.

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Siapa yang tidak menginginkan kulit wajah yang bersih dan berseri bukan? Sememangnya ia adalah perkara yang amat dititikberatkan oleh semua, khususnya golongan wanita.
Memandangkan wajah merupakan aset penting, maka pelbagai cara dilakukan bagi mendapatkan kulit yang halus, gebu dan bebas daripada jerawat, sama ada menerusi rawatan moden mahupun petua tradisional.
Bagi mereka yang mengidamkan kulit wajah cantik dan bebas masalah, anda tidak perlu pening kepala lagi kerana ada cara mudah untuk melakukannya.
Berikut 7 petua yang mudah dan menjimatkan, dengan hanya menggunakan ais.
1) Kecilkan pori muka
Ais adalah ‘resepi’ paling berkesan untuk kecilkan pori-pori di kulit wajah. Caranya, ambil beberapa ketul ais dan balutkannya di dalam sehelai tuala kecil. Tekapkan di wajah berulang kali. Anda disarankan untuk melakukan petua ini setiap kali sebelum bersolek. Pasti anda akan kagum dengan hasilnya kelak.
2) Kurangkan mata sembab
Mata yang sembab adalah satu perkara biasa disebabkan kurang tidur, tekanan atau mata tidak cukup rehat. Usah bimbang. Sama seperti langkah di atas, anda tekapkan ketulan ais yang dibungkus di dalam tuala ke bahagian sekeliling mata.
3) Solekan tahan lama
Untuk memastikan solekan tahan lebih lama, tekapkan ketulan ais yang sudah dibalut di dalam tuala kecil. Biarkan antara lima hingga 10 minit sehingga airnya kering, kemudian sapu pelembap pada wajah sebelum bersolek.
4) Kecutkan jerawat
Jerawat memang musuh utama kulit wajah. Tapi kini anda tidak perlu risau lagi. Caranya, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat.
Ais berfungsi mengurangkan bengkak dan kemerahan kulit akibat jerawat. Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan kadar minyak berlebihan serta mengecutkan jerawat.
5) Kurangkan bulu halus pada wajah
Sesetengah orang mungkin mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu roma di sekitar wajah. Tahukah anda bahawa ia boleh dikurangkan menggunakan ais. Ais berfungsi menghilangkan akar bulu-bulu halus di muka.
6) Segarkan wajah
Apabila ais diletakkan di wajah, secara automatik ia meningkatkan pengaliran darah. Caranya, letakkan beberapa ketul ais di dalam gelas kaca, dan tekapkan di wajah. Anda juga boleh meletakkan ais di dalam tuala kecil.
7) Cegah tanda penuaan
Jangan tak tahu, ais berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala. Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.