7 manfaat kesihatan apabila anda makan keju
Lazimnya, keju merupakan kegemaran golongan kanak-kanak, tetapi golongan muda dan tua digalak memakannya juga.
Gambar hiasan. (Gambar: AFP)
JAKARTA: Lazimnya, keju merupakan kegemaran golongan kanak-kanak, tetapi golongan muda dan tua digalak memakannya juga. Selain mengandungi lemak dan kalori yang tinggi, keju turut mengandungi banyak zat seperti kalsium, protein, vitamin dan zinc.
Berikut adalah antara manfaat kesihatan daripada memakan sepotong keju:
1. Menguatkan tulang
Keju mempunyai kalsium yang baik untuk kesihatan tulang anda. Namun keju juga mengandungi vitamin B yang membantu tubuh anda untuk menyerap kalsium. Disebabkan itu, kanak-kanak, para wanita yang hamil disarankan untuk memakan keju kerana ia boleh mencegah osteoporosis dan menguatkan tulang.
2. Menyihatkan gigi
Kalsium yang didapati dalam keju juga baik untuk kesihatan gigi. Ia bukan sahaja boleh menguatkan gigi, malah keju juga boleh mencegah gigi berlubang.
3. Mencegah barah
Keju mengandungi asam linoleat dan sphingolipids yang membantu untuk mencegah barah. Kandungan vitamin B yang didapati dalam keju juga dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.
4. Meningkatkan berat badan
Sekiranya anda amat kurus dan ingin meningkatkan berat badan dengan cara yang sihat, makanlah keju. Ini kerana, keju mengandungi lemak sihat selain kalsium, protein, vitamin dan mineral yang membantu mengimbangi sistem metabolisme tubuh.
5. Menurunkan berat badan
Keju juga boleh membantu anda menurunkan berat badan kerana keju mengandungi protein yang yang membolehkan anda berasa kenyang dan membantu proses penyerapan karbohidrat dalam makanan. Keju juga membantu untuk mengimbangi kadar gula darah anda dan membuat anda berasa gembira.
6. Menyihatkan kulit, rambut dan kuku
Vitamin B yang didapati dalam keju bermanfaat untuk menjadikan kulit anda halus, sihat dan cerah. Ini kerana, vitamin B merangsang pertumbuhan sel kulit yang membuat kulit anda menjadi lebih segar.
7. Meningkatkan mutu tidur
Keju membantu mengurangkan kadar tekanan dan membuat anda tidur dengan nyenyak. Malah, sekiranya anda memakan sedikit keju, ia juga dapat merawat masalah insomnia anda.
Dengan itu, anda digalak untuk memakan keju dalam diet seharian anda kerana pelbagai manfaaat kesihatan boleh diraih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.