7 manfaat daun pandan untuk kecantikan dan cara amalkannya
Daun pandan memang terkenal dengan manfaatnya bukan hanya untuk memasak, tetapi juga untuk kesihatan tubuh manusia.
Daun Pandan. (Gambar: iStock)
INDONESIA: Daun pandan memang terkenal dengan manfaatnya bukan hanya untuk memasak, tetapi juga untuk kesihatan tubuh manusia.
Tapi tahukah anda bahawa ia juga mempunyai banyak manfaat bagi kecantikan kulit?
Daun pandan yang sering anda gunakan dalam kehidupan seharian juga sering digunakan sebagai bahan campuran dalam bentuk skrub, losen, pupur muka atau 'mask', dan sebagainya.
Ia mengandungi nutrisi yang sesuai buat kecantikan. Berikut ini adalah tujuh manfaat daun pandan bagi kecantikan yang dikongsi laman Merdeka.com:
1. CEGAH KEDUT MUKA
Daun pandan boleh mencegah kedut di muka. Ini kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang berfungsi untuk mempercepatkan lagi regenerasi sel kulit.
(Gambar: makeupforawoman.com)
Anda boleh menghaluskan daun pandan ini dan kemudian menyapunya di wajah anda sebagai pupur muka.
2. HILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM
Daun pandan juga boleh mengatasi masalah bintik-bintik hitam di wajah anda.
Kehadiran bintik-bintik hitam ini mampu mengganggu penampilan anda. Jika dibiarkan, ia mungkin boleh mengakibatkan jangkitan pada kulit.
(Gambar: 2017 lifetimestyles.com)
Untuk mengatasinya, anda boleh gunakan daun pandan sebagai pupur muka.
3. HILANGKAN NODA HITAM PADA KULIT
Anda juga boleh mengatasi masalah noda hitam di kulit dengan mencampur madu, jeruk, pisang dan minyak zaitun kepada daun pandan hingga menjadi pupur muka.
Kemudian, sapukan campuran tersebut kepada wajah anda dan amalkannya sebagai rutin sebanyak tiga kali dalam seminggu.
4. ATASI KELEMUMUR
Bagi anda yang mempunyai masalah kelemumur, anda pasti berasa gatal di bahagian kepala anda.
Untuk mengatasinya, anda boleh menghaluskan daun pandan yang sudah dicuci dan kemudian, campurkannya dengan air.
Sapukan campuran ini ke seluruh kulit kepala anda dan biarkan selama 30 minit sebelum membilaskannya dengan air. Lakukan perawatan rambut dengan sari daun pandan.
5. HILANGKAN KULIT MATI
Selain itu, daun pandan juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan kulit mati pada tubuh anda. Haluskan daun pandan ini hingga menjadi skrub.
Tambahkan campuran minyak zaitun atau madu dan gosokkan kepada kulit tubuh. Biarkan selama tiga minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.
6. CEGAH RAMBUT GUGUR
Daun pandan juga dapat mencegah masalah rambut gugur. Caranya mudah sahaja. Siapkan sebanyak satu lembar daun pandan, 10 daun kempang sepatu, satu kuntum bunga mawar dan 10 kuntum bunga melati.
(Gambar: 2019 Shutterstock)
Tambahkan setengah cawan minyak kelapa, minyak kemiri dan minyak bijan dan rebuskan campuran tersebut. Kemudian sapukan ramuan tersebut kepada rambut serta kulit kepala anda.
Jangan lupa untuk melakukannya setiap malam sebelum tidur, sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
7. DETOKSIFIKASI
Akhir sekali, daun pandan juga mampu dijadikan minuman yang berguna untuk menghilangkan toksik dalam tubuh anda atau detoksifikasi.
Misalnya, daun pandan dipercayai boleh membersihkan organ hati daripada pelbagai racun yang masuk ke tubuh anda. Ini akan membuat kulit anda kelihatan lebih sihat dan berseri-seri.
Itulah tujuh manfaat daun pandan bagi kecantikan yang mungkin ramai di luar sana kurang tahu. Selamat mencuba!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.