7 makanan ini boleh menjadi penyebab timbulnya jerawat
Anda pasti tertanya-tanya apa sebenarnya penyebab jerawat timbul di wajah anda. Jawapannya tidak mudah kerana terdapat pelbagai faktor berlaku masalah itu. Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau.

7 makanan penyebab timbulnya jerawat. (Gambar: Merdeka.com)
INDONESIA: Anda pasti tertanya-tanya apa sebenarnya penyebab jerawat timbul di wajah anda. Jawapannya tidak mudah kerana terdapat pelbagai faktor berlaku masalah itu.
Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau.
Kurang menjaga kebersihan muka, jerawat akan timbul ketika liang pori pada kulit tersumbat dengan sel kulit mati, bakteria atau kotoran di muka.
Berikut adalah tujuh makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat:

Makanan dengan kandungan gula yang tinggi merupakan salah satu punca jerawat tumbuh. Ini termasuklah nasi putih, pasta dan roti putih. Makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi boleh menghasilkan minyak yang banyak di kulit anda. Dengan ini, jerawat lebih mudah tumbuh.
MAKANAN SEGERA

(Gambar: REUTERS/Kham)
Makanan segera atau 'fast food' seperti kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya boleh membuat jerawat mudah tumbuh. Ada pula yang alah terhadap makanan berminyak dan jenis makanan sebegini boleh menambahkan kesan buruk pada masalah jerawat.
MAKANAN TINGGI LEMAK OMEGA-6
Makanan yang mengandungi lemak omega-6 yang tinggi menyebabkan ketidakseimbangan dan reaksi tubuh yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit.
WHEY PROTEIN
Makanan ini selalunya terkandung dalam suplemen olahraga anda. Ia terkenal dengan fungsinya untuk membentuk dan mempertahankan otot-otot. Namun, oleh kerana ia dapat merangsang insulin di tubuh anda, dan meningkatkan pengeluaran insulin tersebut, ia dapat menimbulkan lebih banyak jerawat.
COKLAT

LEMAK TRANS

(Gambar: healtmeup.com)
Lemak trans ini berasal dari minyak sayur yang biasanya digunakan untuk memasak. Ini kerana ia boleh membuat pembuluh darah kecil di kulit anda menjadi tersumbat. Contoh makanan ini termasuk biskuit mentega, keropok dan kuih.
ALAHAN TERHADAP MAKANAN TERTENTU
Jika anda mempunyai alahan atau sensitif terhadap makanan tertentu, anda harus elak makanan tersebut. Jika termakan juga, ia akan mengakibatkan reaksi kepada tubuh anda yang kemudian mencetuskan keradangan dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan.
Bertekad mulai hari ini untuk mengubah amalan pemakanan dengan mengambil makanan lebih menyihatkan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.