7 makanan bagi atasi masalah wajah, mata sembap
Tahukah anda kurang tidur tidak semestinya punca wajah sembap? Garam, makanan manis secara berlebihan dan kurang minum sehingga mengalami dehidrasi juga boleh menyebabkan wajah dan mata anda kelihatan sembap. Itulah faktor-faktor yang boleh menyebabkan retensi air pada wajah dan perut.

(Gambar hiasan: Sabah Arar/AFP)
INDONESIA: Pasti anda pernah bangun pagi lalu menyedari wajah dan mata anda sembap.
Tahukah anda kurang tidur tidak semestinya punca wajah sembap? Garam, makanan manis secara berlebihan dan kurang minum sehingga mengalami dehidrasi juga boleh menyebabkan wajah dan mata anda kelihatan sembap. Itulah faktor-faktor yang boleh menyebabkan retensi air pada wajah dan perut.
Hakikatnya, masalah wajah sembap tidak memerlukan anda melakukan apa-apa kerana ia boleh kembali seperti sedia kala. Namun, jika anda ingin mengatasi wajah dan mata sembap dalam waktu singkat, anda boleh mencuba beberapa makanan dan minuman seperti berikut:
1. BUAH, SAYUR DENGAN KANDUNGAN AIR TINGGI
Pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kandungan air yang tinggi boleh mengatasi dehidrasi lalu membuat wajah anda kelihatan kurang sembap.

(Gambar hiasan: Helene Valenzuela/AFP)
Antara buah-buahan yang disarankan adalah semangka dan nanas. Bagi sayur-sayuran pula, anda boleh mencuba timun dan saderi (celery).
2. PARSLI

(Gambar hiasan: Paul J. Richards/AFP)
Daun parsli seringkali digunakan dalam hidangan-hidangan yang sering menjadi pilihan ramai. Jika anda melihat daun-daun kecil dalam hidangan barat seperti spageti, itulah daun parsli.
Menariknya, parsli mampu membantu mengatasi masalah sembap terutama sekali pada bahagian mata. Menurut para pakar, parsli juga mempunyai ciri-ciri diuretik. Ini bermakna, ia boleh membantu 'mencuci' ginjal anda daripada kelebihan cairan dalam tubuh.
3. PISANG
Kalium (potassium) dalam pisang merangsang hidrasi dan kandungan elektrolit (garam terion yang terdapat dalam darah) dalam tubuh. Ini kemudian akan melawan kesan sampingan daripada makanan yang diproses secara berlebihan.

(Gambar hiasan: Alfredo Estrella/AFP)
"Natrium (sodium) menahan mengekalkan semua air dalam tubuh manakala kalium membawa kesan sebaliknya," menurut pemilik Wellness Nutrition Concepts, Ashvini Mashru. Satu jurnal perubatan turut mengesahkan bahawa pisang mampu mengatasi retensi air yang membuat perut anda membuncit, sehingga 50 peratus.
4. AIR KELAPA

(Gambar hiasan: Frazer Harrison/AFP)
Tanggapan bahawa air kelapa akan membuat anda gemuk tidak tepat. Malah ia akan membantu mengatasi masalah wajah sembap dan perut buncit. Secawan air kelapa mengandungi 600 miligram kalium, lebih banyak daripada sebiji pisang.
5. HALIA
Seorang pakar pemakanan dari San Diego, Tara Coleman, mengatakan bahawa ciri-ciri antikeradangan dan antibakteria pada halia sangat berkesan untuk mengatasi masalah sembap dan perut buncit.

(Gambar: Tobias Schwarz/AFP)
"Halia mengandungi enzim pencernaan yang membantu untuk memecahkan protein dalam tubuh," kata Cik Coleman.
"Ini sebabnya sushi lazimnya disajikan dengan halia."
Cara terbaik untuk menikmati halia adalah dengan membuat secawan teh halia hangat. Minum minuman ini sebelum, semasa atau setelah makan bagi membantu anda dalam proses pencernaan.
6. LEMON
"Komposisi bahan kimia dalam minuman lemon setara dengan cairan-cairan dalam sistem pencernaan. Maka itu, ia akan sangat membantu meredakan gejala-gejala seperti sendawa dan perut kembung," kata Cik Coleman.

(Gambar: Saul Loeb/AFP)
Minuman lemon juga boleh membantu mengatasi cairan berlebihan dalam tubuh yang ketara pada bahagian wajah dan mata.
7. AIR PUTIH

(Gambar: Merdeka.com)
Akhir sekali adalah air putih. Malah inilah cara yang terbaik dan menjimatkan bagi masalah sembap yang disebabkan dehidrasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.