7-Eleven lancar sudut jaga diri di merata SG
Anggaran Waktu Membaca:
Panduan pernafasan di kedai 7-Eleven. (Gambar: 7-Eleven Singapura)
SINGAPURA: 7-Eleven Singapura melancarkan inisiatif baharu "Take Five Spot" pada Ahad (23 Ogos), sekali gus mengubah sudut makan di lebih 60 kedainya di seluruh negara menjadi tempat penjagaan diri untuk pelanggan.
Di sudut tersebut, pelanggan boleh mendapatkan panduan tentang teknik pernafasan, serta meneroka sumber kesejahteraan mental daripada portal kesihatan mental MindSG.
Ia menampilkan panduan langkah demi langkah untuk dua teknik pernafasan mudah: Pernafasan Lima Jari, di mana pelanggan menjejaki setiap jari semasa menarik nafas masuk dan keluar; dan Box Breathing, iaitu bernafas ikut rentak empat kiraan yang stabil iaitu "tarik nafas, tahan, hembus nafas, tahan" untuk berehat dan bertenang.
Teknik-teknik ini dipilih kerana ia sederhana dan mudah diikuti, sekali gus membolehkan sesiapa sahaja, tanpa mengira usia, menyelesaikannya dalam beberapa minit.
Menurut 7-Eleven Singapore, inisiatif Take Five Spot diinspirasikan oleh idea untuk menjadikan masa yang diluangkan pelanggan di kedainya lebih bermakna sambil memudahkan mereka mengamalkan penjagaan diri dalam rutin harian.
Dalam satu kenyataan, Anushree Khosla, pengarah urusan 7-Eleven Singapore, berkata: “Usaha 7-Eleven mendekati masyarakat bermula dengan kutipan dana dan kerja-kerja sukarela bersama rakan kongsi yang dipercayai. Adalah penting untuk berkembang seiring dengan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kita.
“Take Five Spot memperluaskan makna kemudahan harian dengan menggalakkan pelanggan mengamalkan penjagaan diri ketika berada di kedai kami. Sebagai kedai runcit terbesar di Singapura yang sentiasa berada dekat dengan pelanggan, kami berbangga dapat menerajui usaha ini. Maklum balas awal daripada kanak-kanak dan belia yang kami bantu sangat menggalakkan dan ia mendorong kami untuk terus memainkan peranan dalam menyokong kesejahteraan masyarakat setiap hari.”
Mediacorp difahamkan bahawa 7-Eleven merancang untuk menambah bilangan cawanganny

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.