Skip to main content

Gaya Hidup

6 tip pastikan kulit anda kekal lembut

Anggaran Waktu Membaca:
6 tip pastikan kulit anda kekal lembut

(Gambar: Luis Quintero/Unsplash)

KUALA LUMPUR: Selain penjagaan muka, kelembutan kulit, khususnya bahagian tangan, juga perlu anda titikberatkan. 

Selalu sangat orang mengaitkan tangan kasar itu kerana banyak membuat kerja. Itu tidak begitu betul juga kerana kadang-kadang mungkin kerana ia bahagian tubuh yang kurang mendapat perhatian, justeru senang untuk ia kasar. 

Ikuti perkongsian penulis portal SirapLimau mengenai tip-tip yang boleh dilakukan di rumah untuk membuat tangan anda lembut!

6 TIP UNTUK TANGAN LEMBUT

1. MINYAK ZAITUN 

Cara melembutkan tangan kasar adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Ini kerana kandungan vitamin C, D dan antioksidan dalam minyak zaitun boleh menolong anda meremajakan kulit. 

Selain itu, kandungan vitamin E dapat memberikan minyak semula jadi yang berupaya menjaga kelembapan kulit anda sehingga terhindar daripada kekeringan yang boleh membuatkannya kasar.

Caranya adalah panaskan minyak zaitun terlebih dahulu, kemudian lumurkan pada tangan anda. 

Lakukan langkah ini tiga kali seminggu. 

2. TEH

Anda juga boleh membuat tangan anda lembut dengan menggunakan teh. Teh mengandungi antioksidan yang tinggi sehingga mampu menjadikan kulit anda nampak muda dan halus. 

Malah, teh juga boleh membunuh bakteria yang merosakkan kulit dan dapat mengangkat sel-sel kulit mati yang menyebabkan tangan anda menjadi kasar.

Caranya adalah merendam tapak tangan di dalam teh yang sudah direbus selama lebih kurang 10 minit. Seterusnya, lap hingga kering. 

Anda perlu lakukan cara ini tiga kali seminggu. 

3. GARAM

Garam juga bahan yang boleh melembutkan tangan seseorang. Garam boleh menolong anda melakukan detoks dengan mengeluarkan racun di kulit yang menyebabkan ia tidak sihat, kusam dan menggelupas.

Caranya adalah dengan merendamkan tangan dalam bekas yang mengandungi garam dan air panas. 

Anda perlu kerap melakukan perendaman bersama air garam supaya tangan kekal sihat dan halus!

4. LIDAH BUAYA

Bahan semula jadi yang melembutkan tangan ialah lidah buaya. Tanaman berduri ini boleh melembabkan kulit, mengeluarkan bahan-bahan toksik dalam kulit, memperbaiki dan juga memudakan kulit anda. Ini kerana kandungan vitamin C, E dalam tanaman ini membantu melembutkan kulit.

Caranya adalah dengan pisahkan daging lidah buaya daripada kulitnya, kemudian cuci hingga bersih. Kisar menggunakan pengisar sehingga benar-benar halus dan kemudian sapukan pada seluruh tangan hingga rata. 

Tunggu selama 10 minit sebelum anda bilas tangan menggunakan air panas.

5. MADU

Madu boleh digunakan untuk melembutkan tangan. Ia mempunyai kandungan vitamin, antioksidan dan kalium (ataupun potasium) yang sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit anda. Kulit yang selalu lembap akan tercegah daripada kerosakan kulit kasar.

Caranya juga mudah. Urut tangan anda menggunakan madu selama lima minit. 

Lakukan rutin ini dengan kekerapan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang diingini.

6. SUSU CAIR

Bahan yang terakhir dapat melembutkan tangan kasar adalah susu cair. Ini kerana kandungan 'toner' semula jadi dalam susu boleh membuatkan tangan anda menjadi cerah dan bersih. 

Selain itu, susu juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk merawat kulit. Ia mampu memberi kelembapan alami pada kulit tangan anda.

Caranya adalah celupkan tangan ke dalam bekas yang telah diisikan susu cair selama lima minit. Kemudian, anda boleh bilas tangan dengan air sejuk.

Cuba enam bahan semula jadi yang dikongsikan portal SirapLimau ini dan anda pasti akan melihat perubahan pada tangan anda!

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita