Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

6 tip cegah demam selsema semasa musim hujan ini

 Ramai yang beranggapan tubuh lebih mudah terdedah kepada penyakit, seperti flu atau infulenza pada musim hujan. Sebenarnya musim hujan dan hawa dingin bukanlah penyebab demam selsema. Penyebabnya adalah virus influenza. 

Anggaran Waktu Membaca:
6 tip cegah demam selsema semasa musim hujan ini

(Gambar hiasan: Pexels)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 02:42PM Dikemas Kini : 21 Dec 2019 01:44PM

JAKARTA: Ramai yang beranggapan tubuh lebih mudah terdedah kepada penyakit, seperti flu atau influenza pada musim hujan. Sebenarnya musim hujan dan hawa dingin bukanlah penyebab demam selsema. Penyebabnya adalah virus influenza. Keadaan cuaca, seperti hujan dan hawa dingin, hanya meningkatkan kemungkinan jangkitan virus itu berlaku.

Di negara tropika, demam selsema boleh berlaku sepanjang tahun. Namun kajian mendapati, demam selsema salah satunya penyakit yang dialami ramai semasa musim hujan. Satu hipotesis berkaitan hal ini adalah, pada waktu musim hujan ramai orang cenderung menghabiskan waktu di ruang tertutup. Hal ini menyebabkan kita lebih sering berkomunikasi antara satu sama lain sehingga jangkitan penyakit juga meningkat.

Langkah terbaik untuk mencegah demam selsema, termasuk di musim hujan, adalah dengan menjalankan gaya hidup sihat dan bersih. Berikut antara perkara yang anda boleh amalkan.

1. Rajin mencuci tangan

Virus dapat bertahan di permukaan benda padat selama 24 jam. Oleh itu, anda harus rajin membersihkan tangan. Antara masa yang penting untuk mencuci tangan adalah sebelum menyiapkan makan, sebelum makan, sebelum menyentuh bahagian wajah, serta setelah menggunakan tandas.

2. Gunakan bahan pembersih tangan (hand sanitizer)

Jika anda terlalu tergesa-gesa untuk mencuci tangan di tandas, anda boleh juga menggunakan bahan pembersih tangan atau 'hand sanitizer' di meja kerja atau di dalam beg.

Pilihlah 'hand sanitizer' yang setidaknya mengandungi 60% alkohol. Bagaimanapun, sebelum anda menyentuh wajah, saat hendak makan, atau setelah dan sebelum menyentuh orang lain, pastikan anda mencuci tangan dahulu.

3. Kuatkan sistem daya tahan tubuh

Sistem daya tahan tubuh yang kuat dapat melawan jangkitan yang masuk ke tubuh. Justeru, sekiranya anda dijangkiti virus pun, sistem daya tahan tubuh kuat dapat mencegah keradangan serius.

Ada banyak cara untuk menguatkan sistem daya tahan tubuh dan mencegah demam selsema. Antaranya ialah makan makanan sihat, terutamanya yang kaya dengan vitamin dan molekul antioksidan. Buah dan sayuran juga harus dimakan setiap hari dan pastikan masa tidur yang cukup, iaitu sekitar 7-9 jam setiap hari. Jangan lupa rutin bersenam. Sebagai contoh, anda boleh bersenam selama 30 minit dalam sehari sebanyak tiga kali seminggu.

4. Berhenti merokok

Musim hujan kali ini dapat menjadi momentum anda untuk berhenti merokok. Bukan sahaja bagi mencegah demam selsema, namun juga mencegah penyakit lain yang dapat merosakkan organ.

5. Gunakan pelitup

Menurut kajian, memakai pelindung muka dapat membantu anda untuk mencegah demam selsema. Anda digalak memakai pelitup muka semasa menaiki pengangkutan awam. Malah, sekiranya anda sudah terkena demam selsema, sebaiknya guna pelitup muka agar orang lain tidak menjangkiti virus itu.

6. Dapatkan vaksin flu tahunan

Virus demam selsema yang beredar kadang-kala dapat berubah seiring waktu. Dengan demikian, vaksin demam selsema penting diambil untuk menurunkan risiko anda berjangkit. Vaksin juga dapat menurunkan risiko anda mengalami meningitis, pneumonia, dan keradangan lain. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan