Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

6 sebab malas kemas rumah boleh jejas kesihatan anda

Bagi yang kerap mengalami masalah kesihatan atau tertekan, mungkin anda perlu mengemas rumah anda.

Anggaran Waktu Membaca:
6 sebab malas kemas rumah boleh jejas kesihatan anda

Gambar hiasan rumah berselerak. (Gambar: Mt. Hope Chronicles/Merdeka.com)

Diterbitkan : 19 Dec 2017 08:00PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 10:20PM

SINGAPURA: Bagi yang kerap mengalami masalah kesihatan atau tertekan, mungkin anda perlu mengemas rumah anda.

Menurut satu dapatan tinjauan, rumah yang kotor boleh meninggalkan kesan buruk ke atas kesihatan tubuh, lapor laman Merdeka.com. Ini kerana anda boleh mengalami tekanan, mudah letih atau mudah berasa jengkel jika anda tinggal di rumah yang berselerak.

Menurut lapaoran laman thehealthsite.com, berikut ini kesan-kesan buruk yang boleh menjejas anda sekiranya rumah anda tidak bersih dan teratur.

1. PENYEBAB BINGUNG

Keadaan tempat tinggal anda boleh mempengaruhi kesihatan mental anda. Oleh itu, rumah yang berselerak boleh menimbulkan rasa bingung.

Anda mungkin mengalami kesukaran untuk mencari sesuatu barang yang diperlukan dan ini boleh mengganggu cara anda berfikir. Malah anda mungkin mudah menjadi bingung dan marah.

2. PENYEBAB TEKANAN ATAU STRES

Apa yang akan terjadi jika anda bingung? Anda boleh menjadi tertekan dan tentu sekali ini menimbulkan pelbagai kekacauan yang memburukkan lagi tahap tekanan tersebut.

3. PENYEBAB KECEDERAAN

Apabila rumah berselerak tidak mustahil anda boleh berlaku kemalangan-kemalangan kecil yang menyebabkan anda cedera. Kalau barang tidak teratur, mungkin anda akan tersandung atau terjatuh. Padah bukan!

4. PENYEBAB MAKAN BERLEBIHAN

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun ini mendapati mereka yang tinggal di rumah yang berselerak cenderung untuk makan berlebihan mengikut emosi. Ini berpunca daripada sangkaan bahawa makan berkesan untuk mengurangkan tekanan.

5. JEJAS KESIHATAN MENTAL

Hidup atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang berselerak boleh menyebabkan anda berasa cepat letih dan tidak ceria. Ini secara perlahan-lahan akan menjejas kesihatan mental anda.

6. SUKARKAN KOMUNIKASI

Menurut dapatan kajian yang dijalankan di Universiti Cornell pada tahun 2016, mereka yang tinggal di rumah yang berselerak akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi.

Ini kerana sekitaran sedemikian membuat fikiran mereka bercelaru sehingga sukar meluahkan emosi dan perasaan terhadap orang-orang sekeliling.

Ternyata, rumah yang kotor dan berselerak boleh menjejas kesejahteraan anda. Oleh itu, mulai hari ini segeralah memastikan sekitaran anda rapi supaya rumah anda boleh menjadi ‘syurga’ anda. 

Sumber : Agensi berita/NK/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan