6 manfaat yang diraih daripada makan timun
Timun sering dimakan oleh para penduduk Indonesia. Ia dimakan sebagai hidangan sampingan seperti salada atau dibuat sebagai jus.
JAKARTA: Timun sering dimakan oleh para penduduk Indonesia. Ia dimakan sebagai hidangan sampingan seperti salada atau dibuat sebagai jus.
Banyak kandungan berkhasiat yang boleh didapati dalam timun. Berikut adalah manfaat kesihatan yang boleh diraih sekiranya anda memakan timun.
1. Anti-dehidrasi
Timun mengandungi 95 peratus air yang dapat memastikan tubuh anda terhidrat. Selain itu, timun juga memiliki sebagian besar vitamin yang diperlukan tubuh anda dalam sehari.
2. Perawatan kulit dan rambut
Kulit timun dapat digunakan untuk merawat kegatalan kulit. Anda juga boleh menggunakannya sebagai masker wajah atau mengurangkan bengkak di mata anda. Silikon dan sulfur yang didapati dalam timun boleh membantu merangsang pertumbuhan rambut.
3. Mencegah barah
Timun mengandungi lariciresinol, pinoresinol, dan secoisolariciresinol. Ketiga lignan tersebut dapat mengurangkan risiko beberapa jenis barah, seperti barah payudara, rahim, dan prostat.
4. Mengurangkan bau mulut
Ambil sehiris timun dan letakkan di langit-langit mulut anda dengan lidah anda selama 30 saat. 'Phytochemcials' dalam timun mampu menghilangkan bakteria mulut, yang menyebabkan bau mulut.
5. Merawat kencing manis, kurangkan kolesterol, kawal tekanan darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang bermanfaat bagi pesakit kencing manis. Para pengkaji mendapati timun berupaya membantu mengurangkan kadar kolesterol. Timun juga mengandung banyak kalium, magnesium dan serat. Ia berkesan dalam mengawal tahap tekanan darah.
6. Bantu kurangkan berat badan dan penghadaman
Timun dikenali sebagai makanan yang rendah kalori dan kaya air. Maka itu, timun adalah menu diet yang sesuai untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Selain itu, timun juga dapat digunakan sebagai ubat sembelit kronik.
Oleh kerana timun memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan, cuba mengamalkan untuk memakannya setiap hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.