6 manfaat apabila anda menitiskan air mata
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pexels
KUALA LUMPUR: Tidak perlu berpura-pura, menangislah jika berasa diri tidak lagi dapat menahan emosi.
Tertekan, geram, marah, luahkan semuanya, biarkan air mata menitis jika ia melegakan.
Menangis bukanlah hal yang salah.
Ia juga bukan tanda kelemahan.
Hakikatnya, tangisan adalah respons biasa seseorang manusia apabila berdepan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan, seperti dinukil Sinar Plus.
Tangisan beremosi mempunyai manfaat dari segi kesihatan.
Berikut adalah manfaat-manfaatnya:
1. Selepas menangis, bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.
Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan antikuman yang melindungi kita daripada jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang berfungsi sebagai ‘antibiotik semula jadi’.
2. Usai tangisan beremosi, air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan berasa lebih lega dan tenang.
3. Menitiskan air mata juga memberikan impak psikologi yang baik. Kesedihan dan kedukaan yang dialami juga dapat diredakan.
Tangisan akan merangsang daya 'Parasympathetic' dan bertindak membantu seseorang individu untuk bertenang.
4. Selepas mengeluarkan air mata anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.
5. Melahirkan perasaan dengan air mata menyebabkan rembesan hormon oxytocin dan endorphin. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Ia juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.
6. Selepas menangis toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stres akan dikeluarkan menerusi air mata. Para pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh.
4 TANDA TANGISAN KEMURUNGAN
Sungguhpun demikian, anda perlu peka terhadap beberapa perkara jika mengalami ketidaktentuan berkaitan tangisan, lapor Sinar Harian.
Menangis adalah antara tanda-tanda kemurungan jika ia menunjukkan tanda berikut:
-Menangis tanpa sebab yang jelas
-Menangis terlalu kerap
-Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
-Menangis yang tidak terkawal
Menangis adalah tindak balas normal manusia apabila berdepan dengan situasi yang beremosi.
Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah, menangis boleh memberi sedikit kelegaan.
Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda.
Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.