Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 Tips petik gambar kucing

Bagi pencinta haiwan, terutama sekali mereka yang sangat menyukai kucing, gambar-gambar haiwan comel pasti disimpan dalam kamera ataupun telefon bijak masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Tips petik gambar kucing

(Gambar: @nala_cat/Instagram)

Diterbitkan : 18 Oct 2018 01:52PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 02:04PM

KUALA LUMPUR: Bagi pencinta haiwan, terutama sekali mereka yang sangat menyukai kucing, gambar-gambar haiwan comel pasti disimpan dalam kamera ataupun telefon bijak masing-masing.

Tidak kiralah kucing itu comot, mukanya penyek, berbulu panjang, togel ataupun gemuk, pasti anda pernah memetik foto kucing anda.

Namun, pasti mencabar untuk melakukannya apalagi jika kucing anda ini banyak ragamnya.

(Gambar-gambar: @nala_cat/Instagram)

Astro Awani berkongsi beberapa panduan supaya anda dapat merakam keletah kucing dengan lebih baik.

1. CUBA TARIK PERHATIAN 

Kalau anda mengambil gambar seorang diri, gunakan sebelah tangan untuk memegang kamera sementara sebelah lagi untuk mengumpan pandangan subjek. Tarik perhatian kucing anda dengan petikan jari, alat permainan atau loceng. Kucing, seperti manusia, mudah tertarik kepada bunyi dan warna-warna cerah.

2. DEKATI KUCING ANDA

Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika mengambil gambar kucing adalah merakamnya ketika anda berdiri, lapor Astro Awani. Gambar kucing atau haiwan secara amnya perlu diambil pada paras ketinggian sama, jika tidak hasilnya jarang menjadi. Langkah ini mampu menyerlahkan ‘personaliti’ kucing anda.

3. BINGKAIKAN 'SUBJEK'

Mengambil kira elemen yang ada di sekeliling kucing anda seperti rerumput dan pepohon kecil dapat membantu anda menghasilkan gambar lebih menarik. Menurut Astro Awani, ia juga mampu membangkitkan suasana semula jadi semasa penggambaran.

Misalnya, anda boleh 'mengintai' kucing di dalam habitat semula jadinya. Teknik ini sering dilakukan oleh jurugambar hidupan liar. Jika di dalam rumah, petik gambar ketika sedang bermain di tempat-tempat persembunyian kegemarannya.

4. BERI TUMPUAN KEPADA MATA 

Baik mengambil gambar potret manusia ataupun haiwan, mata perlu diberi tumpuan. Selalunya potret yang kabur pada mata subjek dikira sebagai portret yang kurang baik, namun tetap bergantung kepada matlamat komposisi gambar anda.

5. PASTIKAN CAHAYA UNTUK GAMBAR SESUAI

Cuba ambil gambar kucing anda ketika matahari berada pada sudut rendah. Misalnya, ketika ia sedang terbit atau terbenam -waktu disifatkan sebagai ‘golden hour’. Ia dapat menyerlahkan bulu cantik kucing anda.

Anda boleh mengambil gambar kucing pada waktu malam dengan baik tanpa efek pantulan pada matanya, dengan syarat flash tidak dihalakan terus kepada subjek. Menggunakan softbox juga dapat mengelak pembentukan bayang-bayang tajam. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan