5 tempat tonton pertunjukan bunga api pada 9 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
Pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 2024. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Anda tidak berpeluang mendapat tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 9 Ogos?
Usah risau, sambutan Hari Kebangsaan bukannya meriah di Padang sahaja.
Tidak kira sama ada anda mencari lokasi untuk menonton bunga api dan pertunjukan udara bersama orang tersayang atau sekadar ingin mempamerkan semangat sebagai rakyat Singapura, berikut adalah panduan bagi anda yang mahu meraikan ulang tahun ke-60 Singapura di luar kawasan Padang.
LOKASI-LOKASI TONTON BUNGA API
Sofra Turkish Cafe & Restaurant
Bagi suasana yang santai dan mesra keluarga, Sofra Turkish Cafe & Restaurant di Marina Square menawarkan pemandangan yang menarik.
Anda juga boleh nikmati hidangan istimewa dengan dua set eksklusif SG60 dari 1 hingga 10 Ogos pada S$88 untuk dua orang, dan S$188 untuk empat orang.
Alamat: 6 Raffles Blvd, #03-129A Marina Square, Singapore 039594
One Fullerton
Inginkan pemandangan menakjubkan dengan latar langit Singapura sempena SG60?
One Fullerton adalah satu lagi lokasi untuk anda menonton bunga api.
Pemandangan pesisiran dan bunga api di sini pasti menambat hati.
Taman di Bumbung Funan Mall
Hanya beberapa minit dari Padang, Taman di Bumbung Funan Mall adalah lokasi percuma bagi anda untuk menonton bunga api SG60 tanpa perlu bersesak-sesak.
Taman ini menyediakan ruang hijau terbuka, tempat duduk, dan pemandangan latar langit yang sesuai untuk keluarga, pasangan atau sesiapa saja yang ingin menonton dalam suasana santai.
Anda juga boleh membawa bekal atau membeli makanan yang dibungkus dari restoran di dalam pusat beli-belah itu sebelum naik ke atas.
Untuk ke taman itu, anda boleh menaiki lif FL2 dari Tingkat 1, Lobi Lif B.
Taman di Bumbung Esplanade
Bagi satu lagi sudut pandangan yang indah dan tidak terhalang, anda boleh naik ke taman di bumbung Esplanade.
Dilengkapi dengan rumput kemas, pokok untuk berteduh dan landskap yang menarik, ruang hijau ini sesuai untuk menikmati suasana malam sambutan Hari Kebangsaan.
The Lawn @ Marina Bay
Jika anda inginkan pengalaman santai dan terbuka, The Lawn @ Marina Bay adalah tempat sesuai untuk membentang tikar dan menonton bunga api, dengan berlatarbelakangkan panorama Bayfront.
Terletak berhampiran Pusat Kewangan Marina Bay, kawasan hijau yang luas itu memberikan pandangan jelas bagi pertunjukan bunga api.
Anda boleh membawa makanan ringan sendiri dan bersedia untuk menikmati malam yang meriah tanpa sebarang kos tambahan.
SAMBUTAN DI KAWASAN PERUMAHAN
Tidak berpeluang ke pusat bandar pada 9 Ogos?
Anda juga boleh raikannya di kawasan kejiranan pada 10 Ogos.
Lokasi-lokasi sambutan termasuk FutsalArena @ Yishun, One Punggol, Junction 8 (Bishan), Stadium ActiveSG Bukit Gombak dan Wisma Geylang Serai.
Acara bermula dari pukul 4.00 petang hingga 9.00 malam, yang menampilkan pertunjukan udara, persembahan langsung, pameran, aktiviti masyarakat, bunga api dan pertunjukan dron.
Ini cara terbaik untuk mengakhiri hujung minggu Hari Kebangsaan bersama keluarga dan rakan-rakan anda!

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.