Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 tabiat ini boleh buat perut anda senang buncit

Ada banyak sebab mengapa perut senang buncit tetapi ramai di antara kita tidak mengambil endah tentangnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 tabiat ini boleh buat perut anda senang buncit
Diterbitkan : 08 Mar 2020 10:21PM Dikemas Kini : 08 Mar 2020 10:26PM

KUALA LUMPUR: Ada banyak sebab mengapa perut senang buncit tetapi ramai di antara kita tidak mengambil endah tentangnya.

Menjaga kesihatan tubuh bukan suatu perkara mudah. Disiplin, konsisten dan daya tahan yang kuat diperlukan sehingga membuatkan ramai mengambil ringan meskipun sedar ia boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Portal mStar menyenaraikan beberapa amalan yang biasa kita lakukan hingga menyumbang kepada keadaan perut buncit.

1. Masih mengunyah waktu larut malam

(Gambar: Unsplash)

Badan manusia akan membakar timbunan lemak sewaktu kita tidur tetapi ia tidak dapat 'bekerja' dengan baik jika kita masuk tidur dalam keadaan perut kenyang.

Bukan sahaja badan sukar membakar lemak, tabiat makan tengah malam juga dapat meningkatkan risiko gastrik dan masalah pencernaan.

Hal itu boleh berlaku kerana apabila anda baring dalam keadaan kenyang, ia akan mengubah graviti tubuh sehingga tidak mampu menarik makanan di perut menuju ke bawah.

Maka itu, elakkan makan sebelum tidur. Sekiranya anda mahu makan juga, pastikan anda tidak baring sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.

2. Makan ketika sedih, marah

Salah satu cara mengubat emosi sedih atau marah adalah dengan makan. Tetapi awas, ia boleh menyebabkan perut anda buncit.

Makan ketika emosi tidak stabil boleh menyebabkan anda makan berlebihan tanpa sedar. Cara terbaik adalah cuba bertenang dan minum segelas air.

Pilih kegiatan yang tidak melibatkan makanan kerana ia bukanlah satu-satunya jalan membuatkan anda kembali tenang!

3. Tidak cukup tidur

(Gambar fail: Pixabay/Wokandapix) 

Tahukah anda, apabila seseorang tidak cukup tidur, hormon tekanan iaitu kortisol akan meningkat dan boleh mendorong seseorang untuk makan makanan bergula.

Oleh itu, cubalah dapatkan tidur yang ideal setiap malam agar hormon kortisol seimbang serta meningkatkan pengeluaran hormon leptin (hormon membantu mengawal nafsu makan).

4. Penggunaan pinggan besar

Antara penyebab badan kita mudah gemuk disebabkan penggunaan pinggan makan yang besar. Dalam sebuah kajian yang dilakukan dalam kalangan individu obesiti, kebanyakan daripada mereka menggunakan pinggan besar bagi membolehkan mereka makan dengan banyak.

Jadi pilihlah pinggan yang lebih kecil agar kita tidak cenderung memenuhkannya dengan makanan.

5. Merokok

Gambar fail seorang lelaki yang merokok. (Gambar: AFP/Oscar Siagian)

Bagaimana merokok menyebabkan perut seseorang buncit? Penyelidik di Universiti Glasgow mendapati bahawa merokok mungkin ada hubung kait dengan masalah perut buncit.

Bukan sahaja perut buncit, tetapi ia boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti barah.

Dengan itu, cubalah anda kurangkan tabiat mana yang patut jika inginkan tubuh lebih cergas lagi menawan. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan