Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 petua tangani kulit terbakar matahari

 Bagi sesiapa sahaja yang gemar menghabiskan masa berkelah di pantai mahupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak di luar, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah penjagaan bagi memastikan kulit anda 'dilindungi'.

Anggaran Waktu Membaca:
5 petua tangani kulit terbakar matahari

Gambar hiasan CNA

Diterbitkan : 06 Oct 2019 06:55PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 06:59PM

NEW YORK: Bagi sesiapa sahaja yang gemar menghabiskan masa berkelah di pantai mahupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak di luar, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah penjagaan bagi memastikan kulit anda 'dilindungi'.

Ini kerana, sekiranya kulit anda terdedah kepada sinaran matahari yang panas terik, anda mungkin akan mengalami masalah kulit atau 'kulit terbakar' (sunburn).

Bahkan, kulit anda mungkin akan kelihatan merah dan pijar apabila disentuh.

Menurut seorang ahli dermatologi dari New York, Cik Shari Marchbein, jika anda berterusan terdedah kepada sinaran matahari, keadaan itu boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang pada kulit, sekali gus meningkatkan risiko penyakit barah kulit, selain membuatkan kulit menjadi kusam.

Bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang anda boleh lakukan bagi mengatasi masalah sunburn.

1) Lap kulit dengan tuala dingin

Langkah pertama yang boleh dilakukan apabila mengalami kulit terbakar (sunburn) adalah mengelap kulit menggunakan tuala yang sudah direndam dalam air sejuk.
Menurut seorang profesor dermatologi, Gary Goldenberg, menekap kulit dengan tuala sejuk dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh pancaran matahari.

2) Guna pelembap berasaskan aloe vera

Kesan terbakar disebabkan cahaya matahari boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Oleh itu, anda perlu menenangkan kulit terlebih dahulu dengan menggunakan losyen atau pelembap yang mempunyai kesan pantas untuk segera membaiki tisu pelindung kulit. Krim pelembap yang mengandungi aloe vera amat digalakkan.

3) Banyakkan minum air putih

Sunburn juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Keadaan ini menyebabkan gatal-gatal pada kulit, di mana keadaan kulit bertambah teruk jika digaru. Selain itu, ia amat penting untuk minum lebih banyak air untuk mencegah dehidrasi.

4) Krim sapu dan ubat anti-radang

Jika badan bertindak balas terhadap kulit terbakar (sunburn) sehingga luka, maka ia akan menyebabkan keradangan. Ini akan menjadikan luka bakar anda terasa sakit. Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh mengambil ubat atau menyapu krim yang mengandungi bahan anti-radang bukan steroid seperti aspirin atau ibuprofen.

5) Jangan menggaru kulit anda yang kering

Sekiranya kulit anda terbakar (sunburn) sehingga menyebabkan kulit anda kering, pastikan anda tidak menggaru kawasan tersebut. Ia bagi tujuan mempercepatkan proses pemulihan, dan juga mengurangkan risiko jangkitan. Bagaimanapun, jika anda merasakan keadaan kulit anda teruk, seeloknya anda harus segera berjumpa ahli dermatologi bertauliah.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan