Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 petua makan sihat semasa Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
5 petua makan sihat semasa Ramadan

(Gambar: Eiliv-Sonas Aceron/Unsplash)

BERITAmediacorp: Bulan Ramadan menjelma kembali, sekali gus mewajibkan umat Islam di seluruh dunia untuk menjalani ibadah puasa sepanjang bulan ini.

Malah, ada yang mengambil kesempatan sempena bulan mulia ini untuk menurunkan berat badan, menjaga pemakanan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Dalam edisi pertama Rahmat Ramadan, BERITAmediacorp memberi lima tips untuk anda berbuka dengan cara yang sihat, supaya anda dapat makan dengan seimbang dan mengekalkan tenaga sepanjang bulan Ramadan.

1. Berbuka puasa dengan kurma

Gambah hiasan. (Gambar: pexel/Naim Benjelloun)
Dianjurkan berbuka puasa dengan kurma dahulu. Ia berkhasiat bagi tubuh anda dan buah kurma membekalkan zat penting bagi tubuh seperti Vitamin A, Vitamin B Kompleks dan Vitamin C.

Ia juga mengandungi gula ringkas seperti fruktosa yang mampu mengembalikan tenaga
dan mencergaskan badan dengan cepat.

Selain mengandungi mineral seperti
magnesium dan potassium yang boleh melancarkan dan meningkatkan fungsi usus, ia juga kaya dengan serat bagi membantu proses penghadaman.

2. Banyakkan minum air putih atau tanpa gula
 
Gambar: Pexels
Tubuh anda tetap memerlukan enam hingga lapan gelas air setiap hari. Oleh itu, pastikan anda tetap minum air putih dengan secukupnya selepas waktu berbuka.

Jika anda mahu menikmati jus buah-buahan, misalnya, sebaik-baiknya pilih jus tanpa gula.

Anda juga tidak digalakkan meminum air yang mengandungi kafein kerana ia boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan.

3. Elakkan makanan berminyak dan berlemak atau tinggi garam dan gula
 
Bagi mencapai diet yang seimbang, kurangkan makanan yang digoreng dan masakan dengan mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi kerana ia meningkatkan tahap kolesterol dalam tubuh anda.

Kurangkan penggunaan garam dan pengambilan makanan yang masin
kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi anda meningkat.

Pengambilan makanan tinggi gula secara berlebihan pula boleh menyebabkan keletihan atau kelesuan sejurus selepas makan disebabkan penurunan
gula dalam tubuh secara mendadak.

4. Kawal saiz hidangan makanan
 
Elakkan makan secara berlebihan kerana ia akan meningkatkan asid gastrik yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Anda juga boleh menjamu makanan yang ringan dahulu untuk mengelakkan peningkatan asid gastrik daripada naik secara
mendadak.

Juga lebih baik jika anda sambung semula makan selepas solat Maghrib.

5. Makan dengan perlahan dan jangan gopoh
 
(Gambar hiasan: iStock)
Anda digalakkan makan dengan perlahan dan tidak tergopoh-gapah ketika berbuka puasa.

Ini kerana makan secara perlahan dapat membantu sistem penghadaman anda.

Dengan cara ini juga, ia dapat menggalak pemprosesan makanan dengan lebih baik.
Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan