Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 panduan persiapan temu duga

Di tengah-tengah sekitaran ekonomi dan pasaran kerja kian mencabar, pasti ramai yang ingin pertingkatkan kemahiran merka - terutama dari segi permohonan kerja. Berikut lima panduan oleh portal-portal pencarian kerja dan perunding kerjaya untuk membantu dalam membuat persiapan bagi temu duga.

Anggaran Waktu Membaca:
5 panduan persiapan temu duga

Ilustrasi temu duga kerja (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 24 Jul 2019 10:48AM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 11:10AM

BERITAmediacorp: "Kalau mereka menghadiri temu duga dan mereka tidak tahu tentang latar belakang syarikat itu, agak memalukan sebab mereka pasti akan ditanya".

Itulah nasihat Pengarah Eksekutif Mendaki SENSE, Encik Faiz Selamat baru-baru ini ketika ditanya tentang kesilapan yang kerap dilakukan para pemohon kerja semasa temu duga.

Dengan jumlah orang yang diberhenti kerja meningkat pada suku pertama tahun ini berbanding hujung tahun lalu, pasti ramai yang ingin memastikan diri mereka tidak melakukan kesilapan sedemikian supaya peluang dalam pasaran kerja dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Berikut lima panduan oleh portal-portal pencarian kerja dan perunding kerjaya untuk membantu anda dalam membuat persiapan bagi temu duga.

1. KENALI SYARIKAT, BAKAL MAJIKAN

Nasihat diberikan Encik Faiz sememangnya wajar diberi perhatian kerana ia juga lazim diketengahkan di laman-laman perunding kerjaya.

Pengarah Eksekutif baru MENDAKI SENSE. (Gambar: Facebook/ Mohamad Faiz)

Encik Faiz Selamat (Gambar: Facebook/Faiz Selamat)

Firma Robert Walters menyarankan seseorang agar menyelidik tentang syarikat tersebut, misinya, pesaing utamanya dan perkembangan terbaru mengenainya.

Pakar pengambilan kerja Michael Page menekankan, pengetahuan tentang syarikat itu akan memberi pemahaman lebih mendalam mengenai jawatan yang ditawarkan.

Ini pasti memudahkan lagi 'misi' seorang pemohon kerja untuk menunjukkan kepada bakal majikannya kesesuaiannya untuk jawatan yang ditawarkan.

2. TELITI MAKLUMAT DALAM PENYENARAIAN KERJA

Dalam pada itu, Michael Page menasihatkan pemohon kerja supaya menyemak dengan teliti semua maklumat yang diberi tentang jawatan yang ditawarkan.

Ini boleh membantu seseorang menjangkakan jenis soalan yang akan diajukan dan membuat persiapan sewajarnya sebelum itu.

Menurut Jobstreet Singapore, dengan meneliti maklumat yang diberikan, seorang pemohon kerja akan mengenal pasti nilai tambah yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan serta ciri-ciri yang boleh diperbaiki.

3. KENALI KEKUATAN DIRI

Firma Michael Page merumuskan proses temu duga kerja sebagai "satu peluang untuk 'memasarkan' diri" kepada bakal majikan.

Kunci utama melakukan sedemikian adalah mengenal pasti terlebih dahulu kekuatan yang ada pada diri sendiri dan kemudian berkomunikasi secara yakin.

Menurut laman firma itu lagi, seorang pemohon patut menyemak semula pencapaian yang disenaraikan dalam resume atau CV yang dihantar dan menunjukkan bagaimana ia boleh memenuhi keperluan majikan dengan lebih baik berbanding pemohon lain.

4. BERLATIH SEBELUM TEMU DUGA

(Gambar: Reuters)

Beliau menasihati pemohon agar berlatih menjawab soalan dengan seseorang yang dipercayai dan minta maklum balas daripadanya tentang beberapa aspek - isyarat tubuh (body language), cara penyampaian jawapan dan perkara lain yang boleh diperbaiki.

Ingat, untuk meyakinkan seseorang, cara menyampaikan jawapan adalah sama penting dengan isi jawapan itu sendiri.

5. KEKALKAN SIKAP POSITIF

Bagaimana untuk meyakinkan orang lain jika diri sendiri tampak tidak yakin dek rasa gementar dan bimbang yang tidak bertempat?

Michael Page menekankan pemikiran yang positif akan terserlah menerusi gaya jawapan dan isyarat tubuh, lantas menunjukkan ketrampilan yang meyakinkan kepada bakal majikan.

Mycareersfuture.sg juga menasihati pemohon supaya bersikap profesional dari segi tingkah laku dan jawapan - jangan pula gunakan temu duga untuk merungut tentang masalah tempat kerja lama.

TIP TAMBAHAN: Firma Robert Walters menyarankan setelah pulang dari temu duga, kirimkan emel ringkas kepada pihak yang menemu duga untuk mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan.


BANYAK LAGI PANDUAN BERGUNA DI ACARA 'SKILLS FOR FUTURE JOBS', 27 JULAI

Demikian beberapa tip ringkas yang dikumpulkan daripada beberapa laman nasihat kerjaya. Namun hakikatnya, proses melakar haluan kerjaya dan permohonan kerja memerlukan panduan lebih mendalam.

Poster acara 'Skills for Future Jobs' anjran bersama BERITAmediacorp dan SENSE.

Panduan dan nasihat sedemikian disediakan di Pesta Kemahiran & Kerjaya Skills for Future Jobs pada Sabtu ini (27 Jul).

Anjuran bersama Mendaki SENSE, ia sebahagian usaha BERITAmediacorp menyokong golongan PMET dan menyokong gagasan pembelajaran sepanjang hayat.

Perluaskan rangkaian profesional anda menerusi sesi 'networking', dengar kupasan isu-isu ekonomi oleh para pakar dan dapatkan nasihat kerjaya lebih terperinci.

Turut hadir nanti ialah 20 penyedia kursus kemahiran dan pelbagai syarikat yang menawarkan lebih 750 jawatan kosong.

Lungsuri laman ini untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. Masuk adalah percuma. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan