Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 kesan negatif apabila kurang makan

Cara paling berkesan dan sihat untuk menurunkan berat badan adalah bukan mengurangkan makan tetapi, mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam.

Anggaran Waktu Membaca:
5 kesan negatif apabila kurang makan

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Aug 2020 09:12PM Dikemas Kini : 31 Aug 2020 09:14PM

JAKARTA: Cara paling berkesan dan sihat untuk menurunkan berat badan adalah bukan mengurangkan makan tetapi, mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam.

Bagaimanapun, ramai orang mengambil cara paling mudah iaitu menyekat makan atau mengikat perut untuk memilki berat badan yang diidamkan.

Sebaliknya, cara sedemikian boleh memudaratkan kesihatan anda dan menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

Dipetik dari Heathline, berikut adalah antara kesan negatif akibat kurang makan.

1. Tenaga yang rendah

Kalori diperlukan oleh tubuh sebagai bahan pembakar tenaga. Sekiranya anda kurang makan, maka anda akan berasa lelah sepanjang hari.

Kurangnya kalori ini menyebabkan anda menjadi lemah dan kurang tenaga. Bagi golongan warga emas, hal ini boleh menyebabkan kesan yang lebih serius dan bahkan menurunkan selera makan.

2. Rambut gugur

Keguguran rambut merupakan hal yang lazim berlaku setiap hari. Namun tahukah anda bahawa antara sebab rambut anda gugur adalah disebabkan oleh kurang makan.

Untuk mempertahankan pertumbuhan dan kesihatan rambut, banyak zat yang diperlukan. Kurangnya sejumlah zat terutama ketika kurang makan boleh menyebabkan terjadinya rambut anda gugur.

3. Lapar berterusan

Kajian itu juga mendapati bahawa penurunan kalori boleh menyebabkan nafsu makan serta keinginan untuk makan merosot. Hal ini menyebabkan munculnya rasa lapar secara terus-menerus yang merupakan tanda anda kurang makan.

4. Susah Hamil

Ketika seseorang kurang makan, beliau mungkin mengalami kesulitan untuk hamil. Ini disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, yang berlaku akibat kurang makan.

5. Masalah Tidur

Sekiranya anda kurang makan, anda akan mengalmbil masa yang lebh lama untuk tidur dan hanya tidur nyenyak buat seketika sahaja. Ini kerana anda akan berasa lapar sebelum tidur atau mudah terjaga akibat kelaparan.

Untuk mencegah masalah-masalah tersebut, pastikan anda makan secukupnya setiap hari agar anda tetap kekal dalam keadaan sihat.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan