Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 kaedah berkesan, mudah untuk cegah dan ubati ulser

Banyak masalah kesihatan ringan yang anda alami setiap hari jika dibiarkan berpotensi menjadi masalah yang serius dan mengganggu anda. Salah satunya ialah ulser mulut yang biasa terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.

Anggaran Waktu Membaca:
5 kaedah berkesan, mudah untuk cegah dan ubati ulser

(Gambar hiasan: Merdeka.com)

Diterbitkan : 23 Sep 2020 11:41PM Dikemas Kini : 23 Sep 2020 11:46PM

INDONESIA: Banyak masalah kesihatan ringan yang anda alami setiap hari jika dibiarkan berpotensi menjadi masalah yang serius dan mengganggu anda. Salah satunya ialah ulser mulut yang biasa terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.

Lukanya kecil, tapi ia sangat pedih.

Keadaan ulser ini boleh membuat seseorang serba tidak kena dalam menjalani kegiatan seharian. Tidak kira sama ada untuk bercakap, makan, mahupun minum, semuanya serba serbi tidak menyenangkan akibat luka pada mukosa mulut.

"Punca ulser berbeza-berbeza bagi setiap orang," kata Sarah Glass, D.D.S., penolong profesor Sekolah Pergigian Universiti Komanwel Virginia, yang dipetik dari laman Prevention.

Masalah ulser lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki.

Ia juga boleh timbul akibat tergigit atau masalah mulut yang lain. Selain itu, tekanan, naik turun paras hormon, alahan dan kurangnya zat makanan juga boleh menjadi penyebab masalah ini.

Secara umumnya, tanpa rawatan, ulser mulut akan pulih sendiri dalam masa 1-2 minggu.

Namun, sebelum masalah ini berlaku, lebih baik jika seseorang mengenali cara-cara mencegahnya. Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk mencegah dan merawat ulser menurut laman Prevention:

Perhatikan pemakanan

Kurang vitamin B, dan zat besi boleh membuat anda lebih mudah terkena ulser. Banyakkan makan makanan dengan bahan-bahan seperti gandum, salmon dan tuna. Juga, hadkan pengambilan makanan pedas dan berasid yang boleh menyebabkan masalah ulser.

Kurangkan stres

Tekanan dapat meningkatkan aktiviti leukosit, sel-sel imun yang berkaitan dengan keradangan di dalam badan. Ini juga boleh berlaku di mulut, yang mencetuskan ulser.

Lakukan perkara-perkara yang boleh meredakan tekanan dan menyeronokkan seperti senaman, meditasi, atau melakukan hobi yang anda nikmati.

"Bahkan tidur nyenyak pada waktu malam juga dapat membantu," jelas Leena Palomo, profesor madya dari Sekolah Kesihatan Pergigian Universiti Case Western Reserve.

Gosok gigi dengan perlahan

Berus gigi dengan cara tidak betul boleh mencederakan lapisan dalam pipi atau bibir anda, menyebabkan ulser. Ini lebih-lebih lagi apabila anda menggosok gigi dengan kuat.

"Berus dengan gerakan bulat kecil dan elakkan menggosok secara berulang-ulang secara agresif," jelas Dr Glass.

Berkumur berulang kali

Berkumur-kumur dengan larutan yang terdiri daripada satu camca teh 'baking soda' dan setengah cawan air suam untuk melegakan kesakitan dan percepatkan sembuh. Anda juga boleh membeli ubat kumur-kumur yang mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut.

Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser.

Gunakan ubat

Ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini.

Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik (tahan sakit).

Natijahnya, menjaga kesihatan mulut secara konsisten adalah cara yang paling penting untuk dilakukan, terutamanya untuk mengelakkan ulser. Kaedah ini juga dapat melindungi mulut daripada pelbagai masalah kesihatan lain yang lazim berlaku.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan