Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 daya tarikan baru untuk berwisata VTL di KL

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya para penduduk Singapura boleh pergi bercuti ke Malaysia sekali lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Setelah sekian lama menunggu, akhirnya para penduduk Singapura boleh pergi bercuti ke Malaysia sekali lagi.

Mulai 29 November, Singapura dan Malaysia akan melancarkan Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ibu negeri Malaysia itu sememangnya pilihan destinasi percutian yang popular bagi mereka yang tidak mahu pergi melancong terlalu jauh dari Singapura.

Mentelah lagi, Kuala Lumpur sarat dengan pelbagai daya tarikan menarik untuk membeli-belah, mencuba hidangan baru dan juga pilihan penginapan di hotel-hotel yang serba unik.

Memandangkan kali terakhir para penduduk Singapura sempat bercuti dan mengunjungi bandar itu adalah sebelum pandemik melanda, rencana ini mengetengahkan beberapa daya tarikan yang baru dibuka di KL.

Tentu sekali, salah satu persiapan wajib yang harus anda lakukan sebelum bertolak ke KL adalah untuk memastikan tempahan tempat tinggal sudah dibuat.

Ini supaya anda tidak terkial-kial mencari hotel atau tempat penginapan apabila tiba di sana kelak.

AMI SUITES

Ami Suites adalah sebuah hotel butik yang terletak di tengah-tengah Mont Kiara.

Ia menampilkan ruang-ruang moden yang direka dengan pelbagai warna terang, justeru sesuai dijadikan sebagai latar belakang untuk bergambar di Instagram.

Bilik-biliknya juga luas dan ia menawarkan pemandangan KLCC yang jelas dan menakjubkan.

Selain itu, hotel ini juga dilengkapi dengan kolam renang yang diperbuat daripada jubin mozaik dan taman rama-rama, juga sesuai untuk bergambar di Instagram.

HOTEL DOUBLETREE PUTRAJAYA LAKESIDE

Jika anda sudah puas mendapatkan pemandangan KLCC dari hotel dan mahu bertukar angin, anda boleh cuba menginap di Hotel Doubletree Putrajaya Lakeside yang baru dibuka.

Terletak di Tasik Putrajaya, destinasi peranginan itu menawarkan pelbagai kemudahan yang mesra keluarga seperti restoran-restoran dan sebuah kolam renang.

Anda boleh pilih daripada 10 jenis tempat penginapan daripada 290 bilik tetamu termasuk sebuah Villa Presiden.

PARKROYAL COLLECTION KUALA LUMPUR

(Gambar: Pan Pacific Hotels Group)

(Gambar: Pan Pacific Hotels Group)

Ini satu lagi pilihan tempat penginapan yang cukup mewah dan menawan.

Namun, hotel ini hanya dijadual dibuka pada Jun tahun depan.

Hotel Parkroyal Collection Kuala Lumpur menawarkan 535 bilik dan akan dibuka di kawasan Bukit Bintang.

Hotel ini menampilkan reka bentuk mesra alam dan bangunan yang dikhususkan bagi kemudahan kecergasan seperti sebuah spa, gimnasium, studio kecergasan dan kolam renang.

VERNAKULAR

Kuala Lumpur juga merupakan salah satu daripada syurga membeli-belah di dunia.

Pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, Berjaya Times Square dan Mid Valley Megamall adalah antara tempat popular yang dikunjungi oleh para pelancong untuk membeli-belah.

Selain itu, anda juga boleh melanggani Vernakular di Bangsar yang menawarkan pelbagai koleksi jam tangan berjenama seperti Olivia Burton, Timex, Bravur dan William L 1985.

Vernakular juga dilengkapi dengan sebuah kafe yang menjual beraneka kopi dan kek.

BURROW

Jika ada dalam kalangan anda yang gemar melanggani pelbagai kafe atau "cafe hop", ini satu lagi kafe yang boleh anda cuba untuk makan ringan tengah hari apabila berada di Kuala Lumpur.

Terletak di Bangsar Shopping Centre, Burrow adalah sebuah kafe halal yang menjual pelbagai pencuci mulut dan kek seperti maple pecan canele, kek coklat salted caramel dan kek lobak nanas.

Kesemua kek itu juga dibakar pada hari yang sama, justeru mengekalkan mutu dan rasa kek itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan