Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 cara telefon bijak mengganggu kesejahteraan tubuh badan anda - Anda pernah alaminya?

Agak sukar untuk memisahkan telefon bijak daripada kehidupan seharian kita zaman ini. Alat canggih ini membuatkan kehidupan seharian kita lebih mudah dan pantas. Bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi, tetapi kini anda juga boleh memesan makanan menggunakan telefon bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
5 cara telefon bijak mengganggu kesejahteraan tubuh badan anda - Anda pernah alaminya?

Gambar fail.

Diterbitkan : 18 Jan 2018 02:02PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 02:05PM

INDONESIA: Agak sukar untuk memisahkan telefon bijak daripada kehidupan seharian kita zaman ini. Alat canggih ini membuatkan kehidupan seharian kita lebih mudah dan pantas. Bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi, tetapi kini anda juga boleh memesan makanan menggunakan telefon bijak.

Walaupun banyak manfaatnya, penggunaan telefon bijak yang berlebihan juga boleh membawa padah kepada kesihatan tubuh badan anda.

Menurut laman thehealthsite, inilah antara padah penggunaan telefon bijak secara berlebihan ke atas tubuh badan anda:

1. BANYAK KIRIMAN ROSAKKAN SENDI

Seringkali membuat kiriman di telefon bijak anda memang amat mudah untuk menghubungi rakan anda, khususnya apabila tajuk perbicaraan amat menarik. Meskipun begitu, menaip dengan amat kerap boleh menyebabkan kesakitan pada sendi jejari. Doktor menyifatkan kesakitan ini sebagai "texting thumb" atau ibu jari menaip.

2. KESAKITAN PADA SIKU

Selain jari, sendi di tubuh anda yang mungkin anda alami jika anda menggunakan telefon bijak secara berlebihan adalah pada bahagian siku. Pada pengkaji menyifatkannya sebagai 'Cell Phone Elbow' atau 'siku telefon bimbit'. Keadaan ini terjadi apabila siku berada di tempat yang sama buat waktu yang lama yang menyebabkan kesakitan di urat saraf ulnaris.

3. MATA SEMAKIN KABUR

Jika anda sering menatap skrin telefon bijak anda, anda akan merasakan amat letih walaupun anda tidak melakukan sebarang kegiatan.

Ini kerana anda menatap skrin terlalu lama sehingga menyebabkan mata anda kering, pening kepala dan mudah penat sehingga pandangan anda boleh menjadi rabun.

4. MENGGANGGU POSTUR TUBUH

Penggunaan telefon bijak, komputer riba dengan berlebihan boleh menyebabkan ketegangan di pinggang dan bahagian leher. Ini kerana postur tubuh yang semakin buruk yang mungkin akan memberikan tekanan yang lebih ke atas badan anda.

5. MENINGKATKAN RISIKO KEGEMUKAN

Jika anda menggunakan telefon bijak anda dengan lamanya, anda tidak melakukan sebarang kegiatan lain. Dengan itu, pergerakan tubuh anda semakin menurun dan anda selalu melakukan kegiatan semasa menggunakan telefon bijak dalam keadaan berduduk sahaja.

Dengan begitu sahaja dan tanpa anda sedar, berat badan anda juga akan meningkat. Tambahan lagi, menurut kajian Penn State College of Medicine, kanak-kanak kecil yang meluangkan masa menggunakan telefon bijak hingga larut malam boleh menyebabkan kegemukan kerana masalah metabolisme ke atas diri mereka.

Inilah antara keburukan yang boleh menimpa tubuh secara senyap jika anda menggunakan telefon bijak terlalu berlebihan. Dengan itu, bukan sahaja telefon anda bijak, tetapi anda juga harus bijak menggunakannya. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan